Saturday, January 16, 2016

Resepi nasi carrot / lobak merah dan ayam masak merah

Assalamualaikum..
Saya bukanlah pandai memasak. Semua resepi saya masak sangat ringkas dan mengikut selera saya. Saya masak apa yang saya suka makan. Saya kongsi resepi ni di sini untuk rujukan saya di masa akan datang. Tak payah dah google, blogwalking dan tanya orang. Pagi tadi blogwalking jumpa semua resepi yang sama dan lebih kurang. Ini versi saya. 70% resepi asal dari kakak di tempat kerja. Saya olah ikut barang yang ada di rumah.

Nasi carrot / lobak merah

Bahan-bahan
*4 biji bawang merah
*4 ulas bawang putih
*Halia saiz ibu jari tangan
2 helai daun pandan
1 sudu teh jintan manis
1/2 kulit kayu manis
Beras 3 pot kecil
Air 6 pot kecil
Butter
1 biji lobak merah - sagat halus

Bahan * tumbuk / chopper / blend (ikut suka).
Panaskan kuali, masuk butter 1 sudu besar. Butter dah cair, tumis daun pandan, jintan manis dan kulit kayu manis.
Dah naik bau, masuk bahan chopper tadi.
Panaskan rice cooker, masukkkan semua bahan tumis tadi bersama air. Air dah panas, masukkan beras.
Beras dah mendidih, naik buih-buih masukkan carrot. Nasi dah kering baru kacau. Tutup suis rice cooker.

Ayam masak merah

Bahan-bahan
*1 biji bawang besar
*4 biji bawang merah
*4 ulas bawang putih
*4 biji cili merah
*2 serai
*1 biji tomato
*halia besar ibu jari tangan
*1/2 sudu teh serbuk kunyit
*4 sudu teh cili kering (siap blend)
1 sudu makan susu pekat
2 sudu makan air
3 sudu teh garam
1 sudu teh Tumix pasti sedap
Minyak

Bahan * di atas semua blend bersama sedikit air. Air jangan banyak sebab tomato dah berair, cili blend pun berair.

Kuali lain, panaskan minyak.
Goreng ayam half cook. Ayam tanpa letak apa-apa. Pas cuci bersih terus goreng.
Angkat, tos kan minyak.

Kuali lain, panas minyak. Tumis bahan blend. Kalau banyak sisa dalam blender tu masuk la air sikit, kocak-kocak tuang tumis sekali.
Bila bahan tumis dah mendidih, masukkan ayam yang dah separuh masak tadi.
Masukkan susu pekat yang dah bancuh dengan sedikit air.
Masukkan garam dan tumix.
Rasa la, kot nak tambah garam lagi ke.
Tutup api.
Nak cantik garnishing boleh je letak salad, timun, bawang goreng.


Hubby komen ok, dia lagi suka ayam goreng kunyit. Nanti nak makan baru masuk kuah. Baik, lain kali buat camtu.

0 pendapat:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...