Biasanya saya peegi check up di KKIA hari rabu petang tapi untuk bulan ni mintak isnin petang sebab memang apply cuti hari tu. Tetiba kena selesaikan hal rumah pada petang Isnin. Kena tunda pergi check up jadi rabu juga. Isnin pagi tu sepatutnya saya call KKIA inform nak tukar date tapi lupa. Esoknya masa waktu kerja saya call dan staff yang jawab panggilan cakap ok. Nama dan ic saya langsung tak minta even saya tanya perlu tak details saya untuk simpanan mereka. Sejam lepas tu saya dapat call dari staff KKIA tersebut, tanya kenapa tak datang klinik semalam.
Just inform yang tadi dah call tukar date. Esoknya saya claim hour extra, 12 tengah hari unuk selesai urusan di TNB. Takut terlajak masa di TNB masa rehat, tu yang saja keluar lebih awal. Kebetulan pesakit kurang. Urusan di TNB selesai 12.30 dan terus ke KKIA yang kedudukannya depan TNB. Ambil nombor dan pergi kaunter.
Malangnya tak de manusia langsung di situ. Pesakit ada la 3 orang lagi. Saya rasa kalau tunggu pun mesti petang baru tengok kes saya. Terus saya gerak ke PBA untuk urusan lain. Selesai di PBA terus drive semula ke KKIA. 1.30 petang sampai. Pergi jenguk buku saya dalam bakul dan dah siap tanda 2 petang. Pergi kantin makan. Makan ringan-ringan je, takut berat naik masa timbang nanti.
2.10 petang, nama dipanggil untuk urine test dan Hb. Kemudian timbang berat dan tekanan darah. Lepas tu masuk bilik 6. Nama di panggil, cek tinggi rahim, jantung baby. Kena interview sebab Hb low. Tanya tentang makan ubat. Kena tambah makan ubta obimin + ferous. Rasanya dah sebulan saya tak makan obimin. Buah pun dah kurang makan. Memang patut pun Hb turun. Saya di terangkan tentang kesan kalau pada bayi kalau Hb low ni. Malam ni kena makan semula Obimin. Kemudian pergi bilik 2, cucuk ATT. Siap, boleh balik. Lagi 3 minggu kena minum air gula 😞😊
Hasil dari temujanji kali ni
Hb: 10.8
Berat: 71.2 (naik 700 gram)
BP: 110/80
Urin sugar: negative
Urin albumin: negative
Tinggi rahim: 24
Jantung baby: 154
No comments:
Post a Comment
Thanks :)