Monday, February 1, 2016

2nd Pregnancy - Scan 3D/4D dan details Scan


Assalamualaikum.
Masa pregnant kat Anas, saya buat 3D scan di Klinik Pakar Wanita Tan di bahagian pulau. Pregnnat kali ni pun excited nak buat. Awal-awal tahu yang preggy saya ada pergi klinik area umah family untuh confirmkan preggy via scan and confirm due date. Terbaca iklan yang klinik tersebut juga ada scan 3D /4D dengan harga promosi RM60-80. Agak murah.

Share dengan group tele Irshadian tentang tu. Seorang kawan pun pergi situ dan bagi bad review. Terus cancel. Pastu ada lagi yang share yang diorang buat di Klinik Marina Seberang Jaya. Review pun ok, harga pun ok. Blogwalking la saya cari info tentang klinik tu then masa pergi Tesco, jeling-jeling klinik tu.

Bila POG dah 5 months, call klinik Dr Marina. Tanya harga, pastu bila yang sesuai nak buat scan, hari apa klinik buka, waktu buka. Nanti saya share kat bawah tentang klinik ni. Pastu discuss ngan hubby nak pergi bila. Pilih date yang sesuai dan pergi la lepas kerja.

Tengok kat kaunter ada tulis, scan hingga 5 petang je. Masa tu 6 petang dah. Rasanya masa call tak de lak staff tu mention time yang boleh ke tak boleh scan. Kata staff di kaunter, hari Isnin scan sampai 5 petang je. Mungkin saya tak dengar betul masa call atau hari tu je yg scan sampai 5 petang.

Hubby cakap esok je kami pergi. Petang sebelum balik kerja, hubby call klinik confirm boleh ke tak. Balik kerja, ambil Anas dah terus ke klinik. Ramai gak orang. Hubby pergi register dan katanya lebih kurang sejam baru turn. Kami pergi makan dulu. Lepas tu datang balik. Kejap je tunggu dah sampai turn.

Kami masuk dalam, saya requeat detail scan, tambah RM20 je. Doktor scan 2D dulu. Lepas tu 3D,baby tak tunjuk muka. Nampak sipi je. Banyak tutup muka dengan tangan. sebelah. Doktor pujuk-pujuk pun tak jalan. Doktor buat detail scan dulu. Bagi masa kat baby.

Detail scan punya result semua normal. Doktor tengok one by one. Dari brain, heart, position baby, spine, kedudukan plasenta, cord, muka, kepala, amniotic dan abdomen organ. Doktor juga cek kalau ada external body defects. Jantina je tak nampak. Tak confirm la XX macam scan sebelum ni. Huhu. Nak shopping pun tak boleh.

Lepas detail scan, doktor nak capture muka. Dapat la one shot. Tapi kurang jelas. Cek jantina sekai lagi pun tak nampak juga. Doktor cakap,nanti datang lagi, inform yang hari tu scan tak nampak. Free je. Dah sebulan pun, tak pergi pun lagi. Sibuk urusan lain.

Total saya bayar RM 100 untuk 2D/3D dan detail scan. Dapat CD, satu gambar 3D muka baby dan gambar 2D (tak pasti gambar apa)
Gambar bawah ada contact number klinik untuk sebarang pertanyaan.


No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...