Monday, January 4, 2016

Celebrate 5th Anniversary

Assalamualaikum dan salam Sejahtera.

1/1/2016 hari tu genap usia perkahwinan kami 5 tahun. Sesi berjimat cermat tahun ni, maka sambutan pun ala kadar je. Malam menjelang tahun baru kami dinner di kedai area rumah kami je. Pertama kali pergi. Selalu lalu nampak menarik. Ala-ala menjamu selera di roof top.

kredit to FB CT

kredit to FB CT
Mulanya hubby pergi tanya dulu, kot nak booking dan tengok menu. Hubby plan nanti 11 malam baru nak pergi. 9.30 malam dia dah ajak pergi. Parking senang tapi nak panjat tangga tu la masalah untuk saya yang preggy 6 months dan sakit betis sebab cramp 4 malam berturut-turut. Order kena tulis sendiri ikut kod pada buku menu. Tak banyak pun menu. Pelanggan pun dalam 10 table je. Lepas order adik yang ambil kertas order tu cakap kena tunggu lama sikit tak pe ke? Saya dan hubby dua-dua pun cakap ok. Kami dua-dua ambil western. Hubby ambil set yang complete appetizer, main dish dan dessert. RM25 je. Mushroom sedap. Untuk Anas ambil cheezy fries. sedap jugak. Recommend. Saya punya Cordon Bleu.

Jenuh jugak nak habiskan makan. Termengah-mengah gak la. Fries Anas take away je bakinya. Banyak lagi baki. Tepat 12 malam ada bunga api mercun tapi kejap je la. Lain-lain dengar bunyi je. Tak nampak kat situ. Anas sangat excited tengok bunga api. Balik rumah tidur.

Esoknya lepas solat Jumaat gerak ke pulau. Saya dah booking bilik di Northan All Suite sebulan yang lalu. Special la sikit ambik junior suite. Selama kahwin tak pernah booking suite. Demi anniversary hajat la nak menginap. Huhu.. Bagus la jugak menginap sini, memang nak rehat sepuasnya. Letih dah urus hal rumah 2 minggu ni. Weekend pun tak rehat kami suami isteri.

Harga bilik: RM313 (inc breakfast, tax)
Deposit: RM37 (tunjuk resit masa check out, dapat balik)

Kad masuk bilik, username dan password wifi

Lepas check in, masuk bilik dan bilik kami terpasang tv tapi siaran radio. Kad akses memang dah ada kat tepi pintu. Tak tau memang konsep hotel tu welcome guest macam tu atau house keeping lupa off.


Gambar atas ni ruang tamu dan work station. Buka je pintu nampak ini. Sebelah pintu ada satu toilet. Tv ada satu di ruang tamu. Laci work station complete stationery.


Lepas work station, kamar tidur. 2 single bed. Boleh je tolak katil tu terus jadi kembar katil. Saya request sea view. Dari tingkap bilik nampak laut. Best. Ada tv depan katil.


Tepi katil ada bilik mandi. Jakuzi di tepi sekali. 2 sinki untuk cuci muka, berus gigi. Pastu shower dan bilik air sebelah menyebelah. Depan sinki ada wardrobe. Buka je wardrobe lampu teepasang. Selipar di sedia kan. Dah ada jakuzi, Anas la paling suka. Berendam berjam-jam.

Hotel ni 4star kalau tak silap saya. So far saya puas hati. Tapi dalam bilik ada lipas. Jumpa seekor. Corner banyak habuk. Suppose 4 star perlu bersih la kan? Banyak saya baca complaint tentang kebersihan dan lipas di Trip Advisor. Hotel ni pun dah lama. Nampak la oldies.

Parking provided. Tingkat 9 ada gym, spa, playroom (kosong tiada mainan), dan swimming pool. Masa mandi swimming pool, pelampung Anas di terbangkan angin dan hilang.



Air cond memang terbaik, siap kipas lagi. Saya sungguh punya sejuk. Water heater ada nak guna untuk mandi. Shower di jakuzi not function. Siaran tv ada beberapa chanel astro dan radio. Standard channel macam hotel lain yang pernah stay. Tv dua-dua flat screen. Plug jumpa dua je. Nak cas handphone jenuh ke depan. Side katil tak jumpa plug.

Saya ambil sekali dengan breakfast untuk 2 dewasa. Tambah RM50. Pagi tu breakfast, ok la. Main dish nasi lemak, bihun singapore, mee sup, roti canai, bubur ada 3 jenis. Side dish banyak gak. Salad, sumpling, pau, kuih, roti, soaej, ham, bacon, hashbrown, buah, cereals. 12 tengah hari check out.

Itu je sambutan kami untuk ulangtahun perkahwinan yang ke5. Tak de hadiah-hadiah. Tiap tahun pun tak de hadiah. Macam ni la cara kami sambut. Bercuti somewhere. Kadang dekat, jauh. Yang penting mesti ada makan-makan. Hehe.


No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...