Monday, January 11, 2016

Disember 2015 - Freebies, sample, contest dan giveaway

Assalamualaikum.
Penghujung bulan pada tahun 2015, harap lebih murah rezeki 😄

1. Buds Baby


Like Fb, share post dengan caption yang di minta, kemudian dapat komen untuk beri details.


2. Sampel Rice Milk Organic

Like Fb Green city organic, pastu PM.bagi details penghantaran. Tunggu la beberapa bulan, dapat la sampel ni.

3. Ika's Fish Snack


Like FB Ika's, PM details dan terima ini selepas beberapa minggu.

4. Famous Amos Merdeka Quiz


Tak tahu pun menang kuiz ni. Tetiba terima hadiah ni. Fridge magnet biskut dan baucar FA.

5. CLMECC MARKETING


Yang ni terima memang tak ingat pernah request ke PM ke. Sampul pun dah koyak masa dapat. Pos Malaysia balut balik guna plastik. Pos guna setem je. Dapat detergent dan softener.

6. Bizoctopus & Morin


Kali ke3 menang dengan bizoctopus ni. Like FB bizoctopus dan page yang sponsor hadiah, follow je step yang di beri.

7. Home Tester Club

Terima email untuk jawab survey masa bulan November. Awat bulan hari tu dapa email yang saya terpiluh sebagai pemenang dan kena bagi details. Beberapa hari kemudian terima hadiah dan announcement di FB seperti di atas.
Baucar Parkson RM 100 expired setahun

8. KapokDesign Giveaway


Giveaway anjuran FB KapokDesign. Teka jumlah tuam bayi dalam gambar. Saya teka 270, jawapannya 271. Semalam umum saya pemenang, fanpage terus PM mintak details dan hari ni hadiah sampai. Sleeping bag baby. Alhamdulillah.. Rezeki dan hadiah yang tak di sangka-sangka. Memang berguna untuk coming baby.

9. PetPet Happy Comfort


Register di FB PetPet bahagian column Happy Comfort. Dalam 2 bulan rasanya baru terima gift ni.

10. Umami Club Monthly Contest


Saya dan hubby join contest ni. Dan kami dua-dua menang. Hadiah chopping board dengan tom yam seasoning.

11. Kalendar 2016
Ni tak request pun seingat saya la. Tak tau la kalau ada.

12. Elianto mask

Register di link yang ada pada FB Elianto. Pergi outlet Elianto dan tunjuk email.

13. Simply The Natural

Like Fb, share dan tag kawan.Rasanya ni kali ke dua join dan Alhamdulillah ada rezeki.

14. Jordan Asia Pacific


Ada 3 round contest, saya menang round terakhir rasanya.

15. Guardian Malaysia

Anjuran FB guardian Malaysia. Jawab soalan yang di berikan dan account fB hubby bertuah.


No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...