Selepas proses pada entri lepas, saya menerima beberapa surat dari pemaju dan peguam untuk update progress kemajuan rumah beserta bayaran yang perlu di buat oleh pihak BPP. Ada juga saya email dan SMS ke BPP untuk peringatan bayaran seperti yang di minta oleh pihak pemaju.
Awal November 2015, saya terima SMS minta data untuk pendaftaran TNB. Sebabkan yang minta tu dari nombor yang tidak di kenali, saya teragak-agak nak reply. Saya call developer untuk sahkan dahulu, bila dah dapat pengesahan yang mereka tu memang agen yang di lantik baru saya balas SMS tersebut.
Penghujung November 2015, terima surat dari lawyer dan developer berkenaan kemajuan rumah dan bayaran yang perlu di bayar oleh pihak BPP. Macam biasa, ignore je surat tu sebab itu hanya untuk makluman saya.
Awal Disember 2015, Khamis, terima surat dari developer untuk ambil kunci. Dari surat ada nyatakan perlu membuat bayaran penalti untuk kelewatan pembayaran oleh pihak BPP, bayaran cukai tanah, pintu dan bayaran terakhir yang BPP belum selesaikan semasa mengambil kunci. Saya call developer untuk pengesahan mengenai bayaran tersebut. Katanya saya perlu bayar duit cukai pintu, tanah dan bayaran penalti sahaja. Bayaran terakhir yang perlu BPP selesaikan akan mereka uruskan dengan BPP. Penalti yang dikenakan RM2k++. Saya diminta untuk buat surat rayuan untuk pengurangan bayaran kepada pemaju secepat mungkin sebab proses pengambilan kunci 14 hari dari tarikh surat di keluarkan. Esoknya, Jumaat terus taip surat dan hantar kepada pemaju.
contoh surat yang saya buat |
Selepas 3 hari, Rabu dapat call dari pemaju, saya hanya perlu bayar penalti RM1k++. Terus tetapkan temujanji untuk ambil kunci Isnin berikutnya. Kebetulan saya cuti masa tu dan husband ambil half day. Saya akan sambung cerita di entry lain.
beli rumah area mana ni ya?
ReplyDeleteButterworth
ReplyDelete