Assalamualaikum..
Alhamdulillah, masa entri ini di taip saya dan melangkau ke trimester kedua. Untuk kandungan kali ini sangat berbeza pengalaman banding dengan yang pertama. Langsung tiada fasa alahan, muntah-muntah. Cuma setiap kali gosok gigi akan rasa nak muntah. Saya akan gosok gigi sebelum makan dan gosok selepas beberapa jam makan. Ada gak muntah even dah 4 jam makan.
Keputihan sentiasa ada since tahu preggy. So far, clear, tak berbau dan tak banyak. Saya kerap tukar panties dan guna pantyliner.
Saya berpeluh +++ since awal preggy dan saya rasa peluh saya sangaaat busuk. Memang tak selesa nak duduk dekat dengan orang. Google dan normal preggy woman akan peluh extra because of hormone.
Minggu ke 17, saya demam, selsema dan batuk seperti di 1st trim. Sakit di bahagian pembedahan setiap kali batuk dan bersin.
Minggu ke 20, sakit di bahagian bawah terutama bila berjalan. Anas masih bf, perut mengeras dan cramp semasa Anas bf.
Minggu ke 21, sakit di bahagian peha bila berdiri berjalan. Sekali tu, masa bawa kereta nak pergi tempat kerja, tetiba muntah. Padahal pagi tu belum makan apa-apa. Ngeri sungguh. Habis uniform.
Minggu 22, saya dah mula buka semula pek baju Anas, nak cek berapa baju yang masih ok, masih boleh guna. Senang nak plan beli barang masa Baby expo nanti. Nak buat list barang apa yang perlu. Kebanyakannya masih boleh guna. Sekali basuh baju. Nak simpan lak tak de tempat.
Minggu 23, pergi Baby Expo. Larat je nak jalan, cuma dah lama jalan sakit kat bawah. Pastu esoknya pergi kenduri kat Perak. Masa nak balik sakit sangat kat pinggang. Kena la letak gulungan towel kat belakang nak ampu. Hubby cakap lama sangat duduk kot.
Minggu ke 26, kerap kaki cramp especially masa nak subuh. Pernah jadi 3 hari non stop cramp sampai nak jalan pun susab. Sudahnya bercapik.
No comments:
Post a Comment
Thanks :)