Bermula minggu ni, appointment saya di KKIA setiap minggu sebab dah cecah 37 minggu. Appoinntment kali ni macam biasa. Hasil dari pemeriksaan:
Urin albumin - negatif
Urin sugar - negatif
Berat - 76.6 (naik 1.9kg dalam masa 2 minggu)
BP - 110/60 (normal)
Edema - pedal. Kaki bengkak dengan jayanya.
Tinggi rahim - 36cm
Kedudukan presentasi - cephalic
Jantung baby - 141
Gerak - +
Kepala baby dah kat bawah. Nurse ambil maklumat untuk pantang, alamat rumah dan klinik mana kena inform bila dah bersalin nanti. Lagi seminggu jumpa lagi, kalau tak bersalin lagi la.
No comments:
Post a Comment
Thanks :)