Thursday, March 24, 2016

Tinted dan Grill - #rumahAnS

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Entri ni nak cerita kisah tinted dan grill rumah. Nak pasang grill dan tinted pada semua tingkap dan sliding door.

** Ada yang komen, pm saya tanya contact number untuk grill. Maaf, saya tak recommend individu yang saya buat grill ni atas pelbagai sebab. Selepas 6 bulan kami tinggal di rumah, grill berkarat dan masalah bermula dari pihak dia selepas bayaran dibuat. Tempoh siap tak mengikut janji, tiada kemasan kerja, cat pada besi grill tidak sepenuhnya dan pelbagai masalah lagi. Tapi jika mahu juga nombor telefon, PM saya di fanpage / FB.

Grill

Hari ambil kunci dah ada kontraktor S (ke panggil agen) datang sapa, tanya nak buat tak grill. Hubby layankan je dia. Kami pun tengah blank masa tu. Memang tau perlu nak pasang grill untuk keselamatan. Mintak quotation, untuk rumah kami RM2800 untuk design yang kami nak + RM1000 untuk tinted. Tempoh siap 2 minggu. Yang bagusnya agen macam ni diorang tahu dah ukuran pintu tingkap. Tak payah masuk ukur. Cerita pada developer, katanya not recommend agen ni.

Ini grill pilihan kami
Selesai urusan kunci, pusing-pusing tengok rumah yang tengah renovate. Ambil nombor telefon pada banner yang penuh keliling taman. Kontraktor A bagi quotation,paling rendah harga grill RM2600, harga berbeza ikut design. Tak tanya pulak untuk design yang kami nak harga berapa.

Kemudian, kontraktor M bagi quotation RM2700 untuk grill pilihan kami dan RM1000 untuk tinted. Tempoh siap 1 bulan. Lepas tu ayah bawa seorang tukang ukur untuk grill tapi sampai ke sudah tak di beritahu harga. Seminggu lepas tu call ID C untuk Grill dan lain-lain. Dia bagi quotation harga grill untuk design favourite kami RM4200.

Esoknya set appointment untuk Kontraktor B lak datang ukur dan bagi quotation. Hubby jumpa di Mudah.com. Harga diberi RM2500 untuk design yang kami nak. Proses nak siap sebulan. Harga paling murah kami dapat. Mintak hubby negotiate lagi, dan last price RM2250. Terus book, bayar depo RM1200, sign agreement dan siap insyaAllah hujung Januari.


Awal Februari, grill siap. Datang pasang ambil masa 3 hari. Ikut harga kami deal RM2250 untuk semua pintu tingkap satu rumah, tapi untuk bahagian belakang rumah, pelan asal masa deal ada 2 tingkap, bilik dan dapur, pastu 1 pintu belakang dan 1 tingkap toilet. Kemudian kami extend bahagian belakang, tinggal 2 tingkap saja, bilik dan dapur. Untuk pintu guna pintu besi dari kontraktor. Jadi dah kurang kat situ. Hari ke tiga pemasangan, tanya untuk baki bayaran. Katanya, nanti dia kira lain. Baki bayaran RM890. Total harga grill RM2090.
Saya suka handle pintu
Grill di tingkap master bedroom
Emergency grill, satu tingkap atas, satu tingkap bawah

Saya rumuskan harga untuk grill yang saya dapat.

Kontraktor S : RM 2800
Kontraktor A : RM 2600
Kontraktor M : RM 2700
ID C : RM4200
Kontraktor B : RM2090
Kontraktor R: RM 3400

Tinted

** info saya dapat, tinted kena pasang dulu baru grill. Kalau grill dah pasang baru ambil tinted,cas lebih mahal sebab kerja pemasangan tinted lebih sukar.

Hari ke 5 lepas dapat kunci, ambil nombor telefon yang ada pada flyer dalam pos box rumah. Saja la mintak hubby call. Banyak flyer ada tapi yang ada kat tangan 2 je. Diorang ni servis tinted je. Yang first hubby call, kedai B, sebut nama taman dan dia dah tahu ukuran. Harga RM900, tinted US, masa pasang 4 jam. Boleh pasang bila kita mau. Kalau nak pergi kedai tengok dulu pun boleh. Kedai dekat rumah mak saya je. Lepas sejam, runner kedai tu call, dia ada area rumah kami. Dia nak tengok rumah dan ukur. Belum pun inform nak ambil dia, dia dah ada situ. Bagus servisnya.

Kemudian, hubby call pulak nombor kedua, kedai A. Ni pun sama, dia tau dah ukuran umah kami. Quotation harga ada 2 jenis RM1200 untuk US, RM800 untuk Korea. Kami decide untuk ambil yang first tu.

Selesai urusan kat umah, terus pergi kedai tinted B, hubby pilih tinted yang nak. Sembang harga sekali lagi, confirmkan price tu masuk GST ke tak, pastu ada upah pasang tak. Semua dah all in. Ok, deal. Payment katanya lepas siap semua. Waranti 3 taun. Saya bayar deposit RM200, akan datang pasang lagi 2 hari, ahad. Ahad baru settle baki bayaran. Katanya dalam 10 pagi akan datang pasang.

Masa hari pasang, hubby pergi dulu. 50% lagi nak siap pasang, call adik datang tunggu jap, hubby datang ambil saya. Masa saya sampai penuh sampah dalam rumah. 3 orang pasang. 1 tu yang kami deal, bos rasanya, lagi 2 pekerja. Lantai depan sliding door pun becak. Habis pasang dalam 1 petang. Pekerja kemas semua sampah dan lantai. Kemudian bayar baki.


Hubby pilih colour silver. Saya tak kisah colour apa pun. Hubby tak nak hijau sebab nampak biasa sangat. Majoriti rumah area sini colour hijau. Ayah saya cakap kalau hijau lagi cantik, nampak sejuk.

Saya compile kat sini quotation untuk tinted.

Kontraktor S: RM1000
Kontraktor M: RM1000
Kedai B: RM900
Kedai A: RM1200 (US), RM800 (Korea)
Kontraktor R: RM900

Kontraktor R saya call untuk grill, saja tanya harga tinted. Masa tu tinted dah pasang. Harga sama macam saya dapat. Tapi dari gaya macam nak kita tempah kitchen kabinet, plaster siling. Tinted murah-murah ni dia tak layan. Sama spesis dengan kontraktor M.

21 comments:

  1. Salam..boleh saya nak kontraktor grille tu x..yg 2090 tu

    ReplyDelete
  2. Sis.. boleh bg no kontraktor grill tak?

    ReplyDelete
  3. sis, nk no kontraktor grill please..tq

    ReplyDelete
  4. harga grill yg sis pasang ni untk rmh 1 tingkat/2 tingkat? tq

    ReplyDelete
  5. harga grill yg sis pasang ni untk rmh 1 ting / 2 tingkat? tq

    ReplyDelete
  6. Enangnor Hashim - rumah teres 2 tingkat

    ReplyDelete
  7. Salam, Kontraktor Grill servis area mana shja? Mnta PM No nya

    ReplyDelete
  8. salam.sis area mane ye? blh bg no org grill . email aina.solehin@gmail.com. tq sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam.. Blackpearl Construction.. kami menyediakan perkhidmatan renovate rumah grill pagar wiring.. harga berpatutan dan berkualiti.. in shaa Allah on time.. base di meru klang.. kwsan kl dan selangor.. blh hubngi sy whatsapp or call hafiz - 01152882023

      Delete
  9. Assalam.. Blackpearl Construction.. kami menyediakan perkhidmatan renovate rumah grill pagar wiring.. harga berpatutan dan berkualiti.. in shaa Allah on time.. base di meru klang.. kwsan kl dan selangor.. blh hubngi sy whatsapp or call hafiz - 01152882023

    ReplyDelete
  10. Assalam.. Blackpearl Construction.. kami menyediakan perkhidmatan renovate rumah grill pagar wiring.. harga berpatutan dan berkualiti.. in shaa Allah on time.. base di meru klang.. kwsan kl dan selangor.. blh hubngi sy whatsapp or call hafiz - 01152882023

    ReplyDelete
  11. Sis,phone number contractor grill please..

    ReplyDelete
  12. Sis, phone number grill contractor please..

    ReplyDelete
  13. Harga kami paling murah, jangan marah ✌️😎.
    Servis pemasangan & membekal tinted cermin rumah / pejabat / bangunan.

    Specialist For Glass Protection Film.

    Professional Production : Solar Film, Explosion-Proof Insulation Film, Safety & Security Film, Building Film.

    Team kami 36 orang cover pelbagai negeri di Semenanjung Malaysia.

    www.wasap.my/60182627765

    #HafizGlassTint
    (IP0464367-M)

    Facebook Fan Page : https://www.facebook.com/HafizGlassTint/

    ReplyDelete
  14. asslm..bole bagi no grill n tinted..tq

    ReplyDelete
  15. Tempahan grill pagar besi, awning area hulu Langat, Kajang, Ampang, putrajaya boleh hubungi kami 0123070250

    ReplyDelete
  16. Hi semua kami dari TIP TOP THINA GENERAL WORKS.. kami buat semua jenis grill dan renovition rumah.. call kami untuk free quation.. 0163664232 / 0182218773 / 0187874663 (dato thina)..

    ReplyDelete

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...