Appointment kami untuk ambil kunci 2.30 petang. Saya di beri 3 set kunci (pintu depan, belakang dan bilik), borang untuk pendaftaran elektrik dan air, borang F dan beberapa dokumen yang perlu sign, termasuk la borang tak boleh renovate rumah dalam masa 24 bulan. Kalau ada defect terus report dan lepas repair baru leh renovate. Kemudian dapat checklist untuk semak semua point suis, lampu, kipas, tv, telefon, letrik board, pili air, toilet bowl dan shower. Itu semua kena selesai hari tu jugak. Kami diberi satu tong sampah,penutup lubang besi dan kepala paip. Kena simpan dalam stor, jangan pasang lagi, nanti hilang. Saya di minta untuk beri semula resit bayaran deposit dan baki deposit akan dapat semula selepas sebulan melalui cek.
Terus ke rumah untuk selesaikan checklist. Dah selesai ke ofis pemaju semula untuk sign borang. Lepas selesai semua tu, hubby ajak pusing keliling rumah, tengok rumah mana yang tengah renovate. Masa ni la jumpa agen S dan M. Agen tengah jual bisnes. Pengalaman pertama kami dengar dan aju kan beberapa soalan sambil saya catat dalam buku nota untuk rujukan masa akan datang.
Defect rumah
Hari cuti minggu yang sama juga saya dan suami pergi untuk cek defect. Masa buat check list hari ambil kunci ada perasan beberapa defect, ada tulis dalam buku dan tangkap gambar. Hari ni datang terus tanda dengan tape dan list down. Saya bawa ayah juga cek defect ni. Mana la tau, apa yang kami tak nampak, tapi ayah ada nampak. Lepas dah cek, tanda, snap photo. Isnin buat satu copy borang defect dan balik kerja terus hantar ke pejabat pemaju bersama satu salinan kunci rumah. 2 hari lepas tu masa pergi rumah, saya tengok beberapa defect dah di betulkan.
Cat pada pemegang tangga |
Bumbung porch berkulat |
Dinding berlubang |
Ini antara yang saya snap gambar. Ada lagi defect
Longkang di balkoni tersumbat
Lubang di siling toilet master bedroom
Soket suis dapur yang senget dan tenggelam.
Kunci pintu utama ketat, satu kunci patah.
Lebih kurang seminggu dapat call dari pemaju yang defect dah siap betulkan dan boleh datang ambil kunci. Sehari sebelum ambil kunci, saya ke rumah semula dan pastikan defect semua dah selesai repair. Semua dah ok kecuali Suis di kitchen masih belum ok, pastu nampak soket macam terkeluar. Esoknya pergi ambil kunci dan complaint sekali lagi. Sebab dah nak pukul 5, saya kena isi borang sekali lagi dan hantar semula borang aduan selagi belum buat renovation. Petang tu pergi dengan hubby dan jumpa defect lain pulak + fius TNB hilang.
Atas papan fius crack |
Soket terkeluar |
Isi borang complaint dan esoknya saya keluar pergi hantar ke ofis pemaju. Rushing sangat sebab minggu depan kontraktor dan nak mula kerja extend belakang.
Bila dah mula proses renovation, pemaju dah tak bertanggungjawab atas kerosakan rumah. Hantar borang aduan defect hari Jumaat. Sabtu kami singgah rumah, ada pekerja datang betulkan defect. Warga asing semuanya. Nasib la kami datang. Diorang tak tau pun nak repair apa. Bahasa melayu pun kurang faham. Kami tunjuk la mana yang kami complaint. Petang tu pergi rumah tengok aduan yang kami tunjuk pagi tadi dah selesai. Suis dapur je belum settle. Kata pekerja pagi tadi, itu tugas wiring.
Selasa, pemaju call, katanya semua dah selesai dan boleh datang ambil kunci. Kunci yang patah sebab pintu ketat pun dah betulkan. Petang tu hubby pergi tengok rumah, sebab tengah renovate belakang. Pekerja inform yang tangki air overflow. Bilik bawah nampak dah kesan leaking. Snap photo dan call developer.
Siling bilik bawah. Nampak tak bekas leaking tu? |
Esoknya hubby pergi rumah, risik dengan pekerja kontraktor. Kata mereka dah ada yang datang repair tapi repair dekat siling bilik, bukannya di tangki. Dengan siling bilik lak ada kesan hitam tapak tangan pekerja. Kena la email lagi buat aduan. Minta repair bahagian tangki. Hubby call developer explain, kata developer, yang repair tu warga asing. Susah nak komunikasi.
Kemudian, pekerja wiring datang pasang lampu, suis lampu porch tak leh buka, kena buka direct di fius utama. Hubby buat aduan kali ni. Sekali call pemaju. Pemaju cakap, design sebenarnya lampu porch tu 1 suis untuk 2 lampu. Bahagian letrik cuma datang seminggu sekali je. Minggu depan dia akan sampaikan aduan. Lepas seminggu hubungi pemaju dan katanya dah selesai semuanya. Hubby pergi ambil kunci tapi staf cari kunci tak jumpa. Kunci ada 3, 2 pada pemaju dan hanya satu pada kami. Masalah sangat sebab renovation tengah jalan.
Selepas 2 bulan, hubby pergi rumah cuci sebab kotor sangat dan tak lama lagi nak pindah masuk dah. Masa nak balik, tengok dekat bawah nampak bekas air. Leaking paip di toilet master bedroom. Tangkap gambar dan sent email. Wireman juga inform suis lampu bilik 2 dan 3 (bilik tingkat atas) tak berfungsi. Suis stor juga tak berfungsi. Sekali harung je saya email semua masalah tu.
Masalah defect wiring rumah kami tak selesai-selesai. Suis stor, pihak wiring cakap salah wireman yang kami upah, sebab tarik dan kacau suis sedia ada. Bila inform kat wireman kami, dia cakap tak. Sudahnya hubby bagi no fon company wiring yang developer punya pada wireman kami. Biar diorg bincang. Wireman kami nama abang Wan. Hubby update, abang Wan nak datang tengok balik umah dan inform company tu camna. Sudahnya stor memang bergelap.
Pastu bilik 3 company tu dah betulkan suis lepas saya complaint yang bilik tu suis tak berfungsi. Itu pun developer cakap company tu tak nak buat sebab dah ganggu. Padahal kami tak de buat penambahan plug point pun dalam bilik tu. Cuma pasang lampu. Bila lampu tak menyala, abang Wan minta kami buat aduan. Menyala la kejap. Sekarang dah 2 minggu kami tinggal dalam rumah tu, langsung tak menyala lampu. Hubby ada inform abng Wan juga untuk datang tengok sekali.
Saya cakap kat hubby, biar je abag Wan repair mana suis tak fungsi tu. Nanti bayar je kat dia. Dari tunggu wiring developer yang banyak bunyi tu. Saya pun dah malas. Lagipun kami dah langgar perjanjian. Kami dah buat renovation tapi masih buat aduan. Sudahnya, Abang Wan, settle masalah lampu stor dan bilik 3. Bayar RM40.
Baki deposit dapat selepas 3 bulan. Itu pun saya teringat, terus call pemaju tanya, lepas seminggu, pemaju inform cek dah sampai. Itu lah kisah rumah saya dan defectnya. Letih dan lelah bila fikirkan semula. Tapi itulah pengalaman. Boleh dikongsi dengan pembeli rumah pertama. Jumpa di lain entri.
Thanx sebab share info yang sebegini sebab saya pun bakal dapat kunci rumah dalam bulan Okt ni. Boleh jadi panduan. Good.
ReplyDelete