Sabtu
39 weeks
Kami 3 beranak ke Kelana Jaya menghadiri resepsi perkahwinan cousin hubby. Bertolak 8 pagi. Habis kenduri, pusing GM Klang. Pastu g makan dan gerak balik.
27 Mac 2016
Ahad
3.30 pagi sampai rumah. 5.50 pagi, terjaga dari tidur, rasa perut sakit. Rasa yang lain dari yang selalu rasa. Yang biasa saya rasa Braxton Hicks (BH), perut mengeras. Jadi masa tidur telentang. Perut memang nampak obvious keras. Sakit yg bearable. Tak konsisten. Yang saya rasa pagi ni rasa macam rahim kena tumbuk. Lama-lama baru ingat rasa tu rasa period pain yang lebih sakit.
Saya check masa, konsisten 10 minit. Bila sakit datang memang langsung tak leh lelap mata. 8.30 pagi kejut hubby, cakap nak ke hospital. Masa mandi, kena hot shower memang tenang. Sakit pun jadi kurang. Hubby lak call adik minta tolong jaga Anas yang tengah tidur. Sampai hospital 9.15 pagi. Hubby drop di kecemasan dan saya jalan ke labour room (LR). Hubby nak ambil wheel chair tapi saya nak jalan sendiri, dan naik tangga instead of guna lif, dengan harapan boleh bantu bukaan lebih cepat. Beberapa kali stop pegang dinding bila datang contraction.
Masuk LR, inform nurse yang rasa contraction every 10 minute, bagi buku merah dan dia tanya mana husband, handphone dan IC bawa tak. Bila cakap ada kat husband yang tengah parking kereta, dia minta saya masuk dulu untuk buat rutin check up. Ada lagi seorang patient kat dalam tu. Masuk bilik rawatan, Baring, diambil tekanan darah dan jantung baby. Tekana darah 3x ambil. Semua tinggi, nurse tanya ada darah tinggi ke. Saya balas, tengah sakit, memang BP akan tinggi camtu. Pastu doktor datang untuk check bukaan (VE). Doktor lelaki, hari Ahad dan dia saja saya nampak dalam LR tu. Jangan berangan nak request Doktor perempuan. Dah buka 2cm. Tak sakit. Saya tanya perlu admit atau balik? Kena admit. Nurse bagi baju pink, salin baju dan nurse cakap suami nak jumpa.
Jumpa hubby, cakap kena admit, dah buka 2cm. Dia dah tau rupa nya. Nurse dah inform dan dia dah register nama saya. Masa tak rasa contraction boleh sembang dengan hubby, tengah sakit,saya senyap, pejam mata, adjust badan kedudukan ikut kesesuaian. Nurse panggil masuk, doktor interview kisah bersalin dulu. Pastu ambil darah, cucuk jarum dan tunggu turn nak scan. Masa ni dah ada 6 orang kat bilik menunggu. Lepas scan, doktor perempuan, MO, buat VE lagi. Sangat sakit, masih 2cm dan dia jolok-jolok ke korek, nak bantu buka jalan. Pastu g tandas, dah berdarah, keluar show. Keluar bilik tu, nurse suruh makan. Memang lapar, makan laju-laju sebab bila contraction mesti tak boleh makan. Lepas makan masuk wad dalam 12 tengah hari Nurse tunjuk bilik pastu terus suruh masuk bilik untuk CTG. 40 minit juga dalam ni.
Kemudian masuk bilik, hubby bagi barang dan dia balik settle Anas. 4 petang nurse cek BP, tinggi lagi. Saya cakap sakit. Dia kata kalau tak tahan pergi depan inform nurse. Dari 5 hingga 8.30 malam, 3 kali saya ke depan dan baru 3 cm dan serviks masih tebal. Kata doktor, kalau serviks masih tebal, dan hantar ke LR, potensi untuk kena czer tinggi. Sebab memang lambat lagi nak buka jalan ke 10. Sakit contraction tu, tolak baby ke bawah jalan untuk nipiskan serviks. Malam memang berterusan sakit.
Macam-macam cara saya buat nak bagi kurang sakit, menonggeng, berdiri, swing tapi tak berhasil dan saya sangat mengantuk. Bila tak de contraction saya curi tidur. 10.30 malam, sakit contraction datang bersama rasa nak push. Saya tahan tak nak push tapi tak leh, sekali push, saya rasa darah dan air keluar. Serentak pintu ditolak, sister datang nak jenguk sebab saya staf. Terus saya minta tolong dia inform nurse yang saya dah sakit sangat, darah dan liquor dah keluar. Nurse sampai kena marah, kenapa senyap, tak g depan. Serentak contraction datang dan saya terus baring semula.
Nurse datang semula dengan wheel chair dan bawa saya ke bilik rawatan untuk VE sambil dia bebel marah-marah. Masa nurse tengok dia kata dah buka banyak ni, dia suruh doktor VE cepat, Doktor cakap 4,5. Nurse tak percaya, dia lak buat. Dia cakap dah 6 dan membran lost. Terus tolak ke LR. Stop jap kat bilik saya, ambil handphone, baju baby. Sepanjang perjalanan ke LR saya call hubby, nak inform dah masuk LR.
10.40 pm, Dalam LR, nurse letak meSin CTG, nak pantau heart rate baby. Nurse buat VE, masih 6cm dan membran lost. (Membran - kantung baby). Sekali contraction datang, saya rasa nak push. Terus inform nurse, dia baru buka set. Dia pakai glove dan datang tengok. Terus dia bagi arahan kedudukan tangan dan kaki, pastu dia cakap push je kalau nak push. Dia ada gak tanya saya, ada minum apa-apa tak, mesti dia ingat saya minum air selusuh sebab baru 6cm dah nak push. Beberapa kali push tapi gagal. Kepala baby masuk balik masa curi nafas. Punggung saya angkat,pastu mata tutup tak tengok perut. Saya tarik nafas, push, tahan dan curi nafas, nurse terus gunting buat episiotomy dan baby keluar. Serentak tu baby menangis. Nurse jerit inform 11.01 malam dan saya cakap saya dahaga.
Nurse buat suction kat baby, sambil tu bagi arahan untuk saya buka butang baju. Lepas lap darah kat baby, dan suruh saya inform jantina baby. Saya cakap saya tak nampak, saya rabun. Dia bawa baby dekat dengan saya, dan saya terus nampak girl. Inform baby girl dan nurse terus letak baby atas badan saya untuk skin to skin. Kaki terus litotomy untuk proses keluarkan uri dan sesi jahit episiotomi. Dalam 10 minit, nurse ambil baby untuk bagi oksigen dan timbang. Masa ni kaki kanan saya dah lenguh, cramp dan shacking. Saya inform nurse. Seorang nurse tolong urut kaki saya, seorang lagi teruskan menjahit. Semasa jahit tu, nurse inform masih bleeding, dia habiskan jahit muscle dan lepas tu diorang check punca bleeding.
Episiotomi |
Cara check, nurse masukkan alat macam huruf C ke dalam vagina. Benda tu besar tapi kepala baby lagi besar. Kaki saya masih sakit dan lenguh. Beberapa kali saya minta nak lurus dan adjust ikut keselesaan saya.
Kemudian jahitan di kulit. Ini paling sakit. Ubat bius tak berkesan di lapisan kulit. Beberapa kali saya menjerit bila rasa jarum sentuh kulit saya. Selesai jahit, bahagian bawah di bersihkan. Pakaian kotor diganti dan saya di pakaikan pad tali version hospital. Saya di pasanglan drip Hartman yang mengandungi pitocin untuk ganti kehilangan darah dan bantu keluarkan darah beku. Saya juga di beri minum segelas milo.
Kemudian doktor datang untuk check bahagian luka, jahitan, perut sebelum dibenarkan pulang ke wad. Doktor tekan perut, buat VE, cek luka episiotomi, lubang anus.
28/3/2016
Isnin
Day 2 of life
1.15 pagi, (bayangkan berapa jam saya dijahit) saya di tolak balik ke wad. Mata saya meliar cari hubby kat tempat menunggu luar LR. Padahal mata rabun, bukan nampak pun. Rupanya dia dah nampak saya di tolak keluar. Dia ikut saya masuk ke wad. Saya dah di suruh jalan ke katil sebab stretcher tak lepas nak masuk dalam bilik saya tu. So far ok, tak pening. Cuma saya rasa darah banyak. Dan tak selesa tak pakai panties + baju, kain hospital besar alam. Memang rimas sangat. Hubby tanya jantina anak. Senyum meleret dia tau girl. Alhamdulillah, anak kami dah sepasang. Dia azan dan iqamat baby.
Saya request dia urut betis saya yang lenguh cramp sambil tu cerita apa yang jadi sambil update kat family, kawan di group whatsap dan telegram yang saya dah bersalin. Baby terus lena. Kemudian hubby balik saya pun tidur tapi tak nyenyak pun tidur, padahal letih sangat. 2 kali gak bangun ke tandas tukar pad. Susah sangat gerak dengan drip di tangan.
7.30 pagi, nurse datang kemas katil, doktor pun datang tanya keadaan saya. Dapat kunjungan pertama dari senior wad saya dulu. Masa Subuh tadi saya dah update kat FB yang saya dah bersalin. Kemudian pakar, MO dan HO morning round. Pakar cakap at least 12 jam boleh discaj. 11 pagi cukup 12 jam dan kena tunggu PM round. Doktor kanak-kanak (paediatrik) datang, cek oksigen baby, 100%. Baby boleh discaj. Kemudian nurse ambil baby untuk top and tail dan tukar pampers. Katanya baby dah berak.
9 pagi, baby muntah, tunjuk kat nurse, katanya tu colostrum. Pastu muntah lagi 2x. Satu tu saliva + darah, satu lagi saliva + hijau macam meconium. Inform nurse dan baby refer ke Paediatric. HO datang tengok, dia minta breastfeeding baby dan tengok lepas tu camna. Katanya baby dah berak tiada masalah yang nak risau. Mungkin suction masa lepas bersalin tak cukup untuk clear pernafasan dan perut baby. Saya pun bf baby dan 15 minit lepas tu baby muntah banyak kuar susu. Hubby datang lepas selesai uruskan uri di kampung.
Tengah hari HO paediatrik datang, saya inform pasal muntah lepas bf tu. Dan dia minta teruskan bf nanti petang dia datang lagi. 3 petang, MO datang, saya boleh discaj dan serentak masa tu baby muntah 2x, MO cakap kes baby under Paediatrik. Saya bf baby cam biasa. Lepas sejam HO paediatrik datang dan baby tak muntah. Muak sikit susu meleleh ada la. Dia cakap ok dan dia bawa baby untuk tunjuk dan discuss dengan MO. Kemudian dia datang semula dan boleh discaj. Alhamdulillah. Sebelum balik, HO minta saya ke bilik rawatan untuk check luka jahitan episiotomy. Selain tu buat VE dan PR. PR ialah masukkan jari ke anus (dubur). Protokol hospital jika episiotomi, ini semua perlu dilakukan untuk elak berlakunya masalah lain di masa akan datang.
Selesai kisah pengalaman bersalin saya yang panjang lebar dan penuh detail. Harap tak de yang tertinggal sebab saya nak rujuk dan baca lagi pada masa akan datang.
Alhamdulillah tahniah miza dan cokman..seronok kan bila dapat VBAC ank kedua..tahniah dah dapat sepasang..comel baby...selamat berpantang..
ReplyDeleteUmmiamni - alhamdulillah. Thanks 😄
ReplyDelete