Tuesday, May 10, 2016

Check Up Auni Suraya 1 bulan, Anas Syauqi 3 tahun

Salam sejahtera,
Kejap je anak dara ni dah sebulan. Okeh, kena taip cepat, dia dah bunyi. Masa nurse datang melawat di rumah hari ke 20, nurse bagi date appointment untuk ke klinik masa umur sebulan. Ngam-ngam jatuh genap sebulan lahir, ijut hari pantang jadi hari 32. Hari Rabu untuk kawasan rumah saya dan saya request petang. Sekali cek dengan Anas Syauqi. Hubby call i form date and so on. Dia nak apply cuti. Balik rumah dia cakap tak jadi cuti, boss cakap cukup dengan time slip tapi kena pergi klinik pagi. Call klinik mintak tukar waktu. Sehari sebelum tarikh ke klinik, hubby inform, boss dia lepas 2 jam saja untuk urusan klinik dan saya tahu sesi klinik pagi sibuk, tak kan sempat. Hubby cakap sebelum 8 ke klinik.

7. 45 pagi gerak ke klinik, dapat nombor 2007. Kami manusia ke 7 untuk sesi ibu dan anak. Nombor dipanggil, timbang, ukur panjang, lilitan kepala Auni. Kemudian timbang berat dan ukur tinggi Anas. Timbang berat saya dan ambil tekanan darah. Saya diminta ke bilik depan untuk ambil darah. Letak buku merah dalam bakul dan tunggu. Nama di panggil, bukan untuk ambil darah tapi bagi nombor giliran lagi. Dalam beberapa minit, nama di panggil untuk ambil darah dan kena bawa darah ke makmal, bilik 6. Letak darah dan buku dalam bakul, pergi test urin lak. Tandas sebelah makmal je. Lepas bagi urin saya terus ke bilik timbang tadi ambil buku Auni dan Anas. Sepatutnya saya kena tunggu keputusan darah dan urin. Saya salah paham. Terlalu banyak maklumat yang diterima masa itu.

AuniBerat : 2.8 kg (naik 200 gram dari berat lahir, ada dalam garis kuning)
Panjang : 52 cm (normal)
BMI : 10. 36 (ada dalam zon merah)
Lilitan kepala: 35 cm (normal)
AnasBerat: 11 kg (zon kuning)
Tinggi : 92 cm (normal)
BMI : 13 (zon kuning)
MamaBerat: 65 kg (turun 12 kg, berat masa buka buku merah 67.2kg)
BP: 110/70 mmHg (normal)
Hb: 12.5 (normal)
Urin leukosit: 1+

Lepas tu, kena letak buku Auni, Anas dan saya di raga hijau untuk pemeriksaan jururawat. Di sini lama menunggu. Nurse seorang je. Bila datang lagi seorang baru laju sikit. Turn kami sampai, check Auni dulu. Nurse tengok pusat, jari. Pastu saya di minta baring, cek perut dan breast. Tanya saya ada apa-apa masalah tak. Luka jahit camna, darah keluar camna, Auni menyusu camna. Dia tengok berat Auni, dia tanya saya betul ke berat ni. Nampak tak masa timbang tadi. Saya cakap betul. Dia cakap sikit sangat naik. Masa ni nurse minta keputusan darah. Baru tau yang kena ambik sendiri. Hubby pergi ambil. Urin saya kotor sikit 1+. Kena banyak minum air masak. Lepas tu nurse tanya tentang perancang yang nak guna. Lepas inform apa yang nak guna, buka buku perancang.


Turn Anas pula, nurse cek gigi, kuku. Kuku panjang. Umur 3 tahun kena jump doktor untuk M-chart. Ke bilik doktor di bahagian pesakit luar. Masa ni 9.40 pagi. Letak buku dalam raga tunggu giliran lagi. 10.20 pagi baru nama di panggil. Itu pun selepas hubby pergi tanya. Dia dah bengang sebab lambat sangat, Ada yang datang lambat masuk dulu lepas tu tiada keutamaan untuk bayi. Kami dah pergi 3 klinik kesihatan, semuanya utamakan bayi tapi klinik ni punya sistem tak.

Doktor panggil Auni dulu, cek suhu badan, tanya saya ada ruam tak, saya tunjuk ruam di leher dan belakang kepala. Dia cakap itu ruam panas. Kemudian tanya saya tentang perancang. Lepas inform nak guna kaedah apa, dia tanya nak anak lagi tak, pastu tanya umur, anak dah berapa. Katanya baru umur 30 tak pe, kami tak risau, nak guna kaedah apa pun boleh. Turn Anas pula, dia inform dari dulu berat bawah garis kuning. Bila saya inform sejarah check up Anas, dia cakap ok, dia tengok Anas aktif, so tak de yang nak risau. Dia tanya apa yang Anas dah boleh buat, tabiat makan Anas, dan nasihatkan saya untuk pelbagaikan menu sumber karbohidrat.

Selesai di bilik doktor, saya ke bilik suntikan pula. Auni kena injection Hepatitis B second dose. Tak de orang pun, terus masuk dan cucuk. Auni duduk tak diam masa cucuk. Habis mengeliat sana sini. Kuat betul dia. Nasib la stabil tangan nurse tu, kalau tak. Habis cucuk, balik rumah. 11.30 pagi masa tu. Boss hubby call, terus kena marah. Hubby cakap, next time nak cuti.

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...