Masih bercerita tentang rumah. Saya tempah TV kabinet untuk rumah kami. Kat rumah lama ada TV je, kabinet BIL punya. Save beberapa design yang saya minat. Beberapa kontraktor, ID datang untuk ambil ukuran kitchen kabinet dan grill, saya sekali tanya harga untuk kabinet TV. Sempat dapat 3 quotation je. Lepas tu dah tak menyempat nak booking. Ketiga-tiga yang saya minta quotation saya tunjuk contoh gambar yang sama. Harga berdasarkan design gambar tersebut.
Design yang saya nak |
EO construction
Untuk ukuran 8 kaki lebar RM3000
Harga belum masuk wiring.
ID HZ
8 kaki lebar - RM5000
12 kaki lebar - RM 8000
Yang ukur ni suggest untuk buat 12 kaki lebih cantik. Harga belum masuk wiring.
ID C
8 kaki - RM 2880
Harga termasuk wiring sebab plug perlu ubah kedudukan dan saya minta extra plug.
Hari discussion actually pergi untuk quoation harga grill dan KC, tapi over budget. Sekali bincang tentang kabinet tv,dah kebetulan saya ada minta measurement untuk kabinet tv sekali. Harga pun dapat the lowest dan mengikut design saya nak. Masalah sikit masa discuss ni sebab Anas crancky, so kami laki bini tak de serentak dan discussion interupt dari customer lain yang juga datang untuk deal. Dalam kelam kabut kami buat keputusan dan si designer tu terus mintak comfirmation either nak buat atau tak untuk discussion lebih lanjut.
Saya setuju terus, dah malas fikir, harga pun dapat paling kurang. Kena bayar 30% on that day sebagai booking fee. Dah sign dengan janji siap 2-3 minggu. Beberapa hari lepas tu, dapat whatsapp 3D image TV Cabinet dan pilih colour tapi resolution sangat teruk. Saya tak nampak beza langsung antara design yang di beri dan design tak macam saya nak.
Sabtu minggu tu jugak, kami sekali lagi pergi kedai tersebut untuk finalize design mengikut apa yang saya nak. Kali ni tak bawa Anas. Once decide, hubby terus sign dan saya set 3 minggu dari tarikh ini barang siap. TV Wall mount kena beli sendiri. Hubby survey jumpa RM80 paling murah di kedai sekitar Parit Buntar. Masa nak CNY, saya tengok katalog Tesco, dan harga baru RM30 untuk TV size 30-50''. TV rumah kami baru 32''. So, perfect dan terus beli.
Dalam 2 minggu hubby whatsapp designer yang deal dengan kami tu, tanya siap tak lagi. Dia cek dengan kilang katanya mungkin minggu depan (before CNY). Seminggu sebelum CNY, hubby call dan katanya nak datang pasang esok, selasa pagi. Kami ada urusan lain dan hubby minta datang rabu petang. Nak sekalikan dengan grill. Tapi grill tak siap lagi.
Rabu petang, hubby half day dan pergi tunggu mereka pasang. 3 jam baru selesai pasang kabinet. Wiring belum selesai.
Rak bawah ukuran 8 kaki panjang. Board grey ukuran 6x6 kaki. TV wall mount yang beli di Tesco. Hari CNY, dapat call nak buat wiring. Kami pergi buka pintu, katanya siap dalam 1-2 jam. Kena buka semula kabinet sebab wiring nak masuk belakang cabinet tu. Kan dah kena buat 2 kerja. Kami buat keputusan nak pergi tempat lain dulu. Lagi 2 jam baru kami datang semula. Masa dalam perjalanan, dapat call, katanya dah siap.
Soket asal ada 2 je, bahagian sisi kiri. Wiring man ubah ke bawah drawer tv jadikan 3 soket. Tarik dari situ gak,tak dak buat wiring tambahan tarik dari fius utama pun. Masuk cek semua, puas hati. Call si designer tu, bayar baki.
Astro connector hubby mintak Abang Wan (wireman yg buat wiring rumah kami) buatkan. Minta dia buat tanam wire astro dalam dinding. Upah pemasangan tu RM20. Masuk sekali dalam bil kerja-kerja Abang Wan yang lain.
Call Astro Service centre, untuk makluman pindah rumah. Hubby buka astro sendiri di rumah lama dan bawa ke rumah baru. Esoknya, staf untuk pemasangan astro datang rumah baru dan pasang astro semula. Semuanya percuma.
Jumlah kos untuk TV kabinet menepati bajet saya iaitu tidak melebihi RM3000.

No comments:
Post a Comment
Thanks :)