Thursday, May 5, 2016

Urut lepas bersalin - berpantang anak kedua

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ini post pertama saya selepas kisah kelahiran puteri kami. Anak kedua lain pengalaman. Yang sulung czer, yang kedua normal, yang sulung pantang di rumah keluarga saya, dibantu emak dan ahli keluarga lain, anak kedua berpantang sendiri, di rumah kami di bantu suami dan di temani Anas Syauqi. Cuma kali ni, saya minta suami ambil extra cuti 5 hari ditambah dengan cuti kerajaan bagi 7 hari. Kebetulan saya bersalin hari Ahad, lebih memudahkan urusan suami.

Berbalik kepada tajuk entri, hari kelima baru saya ingat tentang mengurut. Masa pregnant, saya dah ada screen shot beberapa nombor tukang urut / bidan urut tapi 2 minggu sebelum bersalin handphone saya rosak, terus ilang semua. Saya dan suami search di facebook untuk kawasan rumah kami. Saya dapat beberapa nombor dan hubby call tanya harga dan availiabity mereka untuk mengurut esok hari. Ini antara yang saya dapat hubungi dan harga mereka beri.


0124070470 - Kak Nani - urut 3 hari = RM195
Pakej urut + tangas + bertungku 3x dan cukur rambut bayi = RM380
0174033435 - Kak Jun - urut 3 hari = RM150
Urut 3 hari + cukur rambut bayi = RM225
Pakej urut, pakai bengkung, masak, mandi bayi (10hari) = RM650
0194269547 - urut 3 hari = RM200

Dari 6 nombor, ini je yang bagi maklum balas dan cover kawasan sini. Saya ambil Kak Jun. Dia boleh datang esoknya tapi waktu petang. Saya setuju. Mulanya minta dia cukur rambut sekali sebab cukup 7 hari. Last minute kami cancel. Kak Jun datang mengurut saja. Tempoh masa urut lebih kurang 1 jam. Dia guna minyak sendiri. Sedap urutan Kal Jun. Memang berasa, minyak pun tak panas sangat. Paling best masa urutan di kepala dan dia ikat rambut saya tinggi-tinggi. Rasa segar sangat. Lepaa habis urut, Kak Jun tolong paaang bengkung zig zag. Saya puas hati sangat dengan urutan Kak Jun. Hajat nak ambil lagi untuk pelepas pantang nanti.




No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...