Friday, June 3, 2016

Kisah cerek

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Masa fikir nak buat entri ni saya senyum, kalau saya jadi pembaca mesti masa baca tajuk, 'pasal cerek pun nak kisahkan'. Saya jenis yang bangun tidur perlukan minuman panas. Hubby jenis tak kisah tapi since kahwin, amalan saya pun jadi amalan dia.  Kisahnya bila dah pindah, nak cari info (harga, brand, kualiti) sangat sedikit dan kurang membantu. Kisah ini berdasarkan pengalaman sendiri selepas kahwin. Masa bujang tak kira. Heheheheh

Gambar Google

Ini yang pertama saya guna selepas berkahwin. Hadiah dari teman sekerja. Ini sungguh mudah. Plug je, top up air. Air panas sentiasa ada. Lama juga guna, 3 ke 4 tahun camtu. Bil elektrik pun tak de la tinggi sangat. Lama-lama saya perasan masa top up air, ada banyak keping-keping putih dalam air. Masa cuci lagi banyak keluar. Bahagian tepi-tepi jadi macam cat yang tertanggal. Terus kebersihan air yang buat air di ragui. Hubby lak cakap dia sakit perut tiap hari. Saya ok je. Pastu terus buang.

Gambar google. Saya punya penutup depan boleh cabut

Lepas tu tukar kepada ini, cerek berbunyi atau whistling kettle. Ini juga dapat hadiah kahwin. Yang ni memang superb. Bunyi dia bila air masak, 1 flat boleh dengar. Kalau lambat tutup, memang terpelanting muncung cerek depan tu. Tak bestnya ambil masa la sikit. Biasa saya letak air atas dapur lepas tu mandi. Bila bunyi je cepat-cepat lari tutup. Tandas dengan dapur sebelah dinding je. Setahun gak pakai. Sebulan sebelum pindah, muncung depan pecah. Masa pindah buang terus. Patutnya tak yah buang, bawa je pindah sekali sebab cerek tu masih berfungsi, penutup je pecah.


Pindah masuk rumah baru, kitchen kabinet belum 100% siap. Baru pasang kabinet, table top tak siap lagi. Tak de la dapur, sinki. Nak buat air panas pagi-pagi wajib dah. Gigih la malam yang pindah tu pergi kedai area sini cari cerek letrik. Kawasan baru, memang tak arif la mana yang murah mahal. Banyak kedai masuk tapi yang jumpa jual cerek satu je. Beli la juga. Jenama Midea RM55. Boleh masuk 2liter air. Guna la yang tu sebulan. Air masak memang cepat. Masa dalam pantang banyak masak air. Air mandian saya, baby, minum. Hubby yang jaga, bila nak guna je dia letak. Bil letrik bulan tu hampir RM200. Hubby cakap kettle tu antara penyumbang kadar melampaunya bil. Entah betul ke tidak. Tapi mungkin kot sebab kejap sangat air masak.


Mula la saya google sana sini nak tau pasal whistling kettle. Hubby nak yang jenis ni compare dengan 3 jenis yang kami pernah guna. Dia nak yang jimat letrim. Saya tengah pantang masa tu. Cari info di hujung jari dan beli pun di hujung jari. Lepas survey beberapa page kami proceed beli di 11street. Beli seperti gambar di atas. 3 liter whistling kettle RM38 (inc post + GST). Sampai je terus hubby guna. Dia complaint bunyi tak kuat dan tak boleh letak air banyak, nanti habis melimpah. Dah biasa bunyi kuat satu flat dengar tetiba dapat bunyi serombong kapal laut beelabuh memang beza la. Bila saya mula pegang dapur, bagi saya ok je. Cuma kena alert la. Bunyi je terus pergi tutup. Jangan letak air lepas tu keluar sidai baju, naik tingkat atas, memang confirm dapur akan terbakar.

Sekian saja pengalaman saya berkenaan cerek. Thanks for reading.

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...