Monday, June 6, 2016

Mei 2016 - Freebies, Giveaway dan Contest

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

1.  Home tester club


Produk yang entah ke berapa dari HTC, macam biasa, dapat email ada produk baru, klik link, jawab beberapa soalan. Kalau layak, dapatla produk untuk di cuba. Lepas tu nanti HTC akan email lagi untuk bagi review tentang produk. 

2. Redeem point woop.my

Point banyak, kempen pun tak banyak dah. Kempen yang ada pun, nak complete susah. Banyak kena buat. Tengok reward apa yang sesuai tebus la. Softener kat rumah pun tinggal sikit je. Sedang elok la tebus.

3. Scholastic Asia
Anjuran Fanpage Scholastic Asia, pilih buku yang nak dari Geronimo Stilton dan 100 di pilih.

4. Peronia Malaysia

Jawab soalan di post FB mereka, masa komen tu baru 4 orang bagi jawapan dan 3 yang terdahulu dapat reply macam saya. Petang tu saya pun dapat reply camtu.

5. Majalah PaMa


Giveaway di Ig, kali ni 20 pemenang. Ni kali ke2 saya menang. Kerap Ig Majalah PaMa anjurkan giveaway. Selalu terlepas.

6. Spritzer - Slide the city Malaysia


Menang tiket slide the city di Melaka. Tiket kena claim di Melaka ikut tarikh yang diberi. Katanya akan email tapi tunggu email tak de pun. Lepas seminggu tarikh redemption check email, rupanya email masuk spam.

7. YoGood Junior


Anjuran FB YoGood Junior, teka product baru mereka. Saya teka banyak kali, ada la yang betul.



8. Castrol Magnatec #LISTENTOHAPPINESS


Program ni join tahun lepas, guna application di FB Castrol. Tak menang hadiah utama. Dapat SMS untuk redeem minyak enjin baru-baru ni. Pilih kedai yang dalam list, tunjuk KOD yang terima dan dapat ini.

9. Alcon Malaysia


Join program di website dan terpilih. Print email dan redeem di kedai yang dipilih semasa registration.

10. Dr Oetker Nona

Register untuk sample di website. Dah dapat sampel boleh masuk giveaway.


11. B.liv Free Mask Giveaway


Share post dari FB b.liv bersama #.

12. Voucher Domino's



Hubby dapat.


13. Milna 'Baby new words giveaway'


Post di komen, perkataan baru baby dan saya bertuah di hari terakhir bulan Mei.

14. Super coffee Fun Thursday


Alhamdulillah. Saya suka minun coffee ni, sedap dan banyak pilihan.




Alhamdulillah untuk rezeki di bulan Mei 2016 😄

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...