Tuesday, June 28, 2016
Selepas cuti bersalin 90 hari
Assalamualaikum..
Alhamdulillah,dah mula kerja, dah habis pun cuti bersalin 90 hari. Tamat Jumaat lepas + 2 hari weekend. Saya mula bekerja hari ke 93. Meneruskan misi berat badan <60kg tapi tak jaga makan pun. Kasi can sebab bulan puasa. Meneruskan rutin sebagai ibu berkerjaya yang menyusukan anak. Pergi kerja usung cooler bag dan set pam. Setakat ni ok. Pagi-pagi kelam kabut sikit nak uruskan Anas. Mak masih menjadi penjaga dan tambah Auni lak. Anas masalah sikit. Dah pandai, pagi-pagi drama air mata. Nasibla kerja seminggu, pastu cuti raya 5 hari.
First day sangat letih. Bangun 4.30 pagi, siap sahur, makaN, mandi, solat, check barang dan susu Auni. 6.15 gerak ke rumah mak. 6.35 patah balik rumah, hubby ambil motor. Sampai tempat kerja setting barang semula. 1 petang pam susu. 4.30 balik, harung jem. Sampai rumah mandi solat pergi rumah mak. Mandi dan siapkan Auni. Kemudian terus pergi kedai untuk buka puasa di kulim yang dah book awal. Makan pun kelam kabut sebab Anas crancky.
Sampai rumah lepas setel Anas dan Auni siap-siapkan EBM Auni untuk hari ni, masak nasi untuk sahur, basuh pinggan. Huhu.. Bermulala hari yang panjang.
27/6/2016
Auni Suraya dah 3 bulan. Dah cucuk untuk 3 bulan minggu lepas. Bila cuaca panas muka merah. Kaki tu melonjak-lonjak je. Pandai senyum dah pastu nak sembang-sembang. Setakat ni senang je jaga Auni. Tak banyak hal. Malam tidur, subuh baru bangun hisap susu dan tukar pampers. Beza la masa jaga Anas dulu. Minum susu pun sikit je. Kalau minum lebih sikit mula la muak. Setakat ni masih breastfeeding. Alhamdulillah. Moga membesar dengan sihat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Thanks :)