Thursday, June 23, 2016

Pengalaman buat pasport kami sekeluarga

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Penghujung Mei hari tu, kami 4 beranak ke Jabatan Imigresen untuk buat pasport. Kami laki bini memang tak pernah mohon. Saya pernah la pergi Thailand dulu, masa tu guna border pass. Hubby niat, ada rezeki lebih. Ak buat pasport untuk kami sekeluarga. Leh la pergi Krabi ke USS. Ngeee


Pagi-pagi hubby selesai urusan dia, kemudian dia singgah Imigresen tanya dokumen apa yang perlu. Saya kat rumah, compile semua dokumen yang perlu dalam satu fail. Dokumen yang diperlukan dan bayarannya (tempoh 5 tahun) :-

Suami - ic dan 2 salinan fotokopi (RM200)
Isteri - ic dan 1 salinan fotokopi (RM200)
Anak - surat beranak dan 1 salinan fotokopi (RM100 seorang)

Sampai di Imigresen 1.15 petang (mereka beroperasi pada waktu rehat), terus ke kaunter 2 (kaunter pertanyaan/ borang/ nombor giliran). Dah siap semua dokumen baru dapat nombor giliran. Sebaiknya fotostat siap-siap sebelum ke situ untuk jimatkan masa dan wang. Di kaunter, petugas akan tanya bilangan ahli keluarga dan umur anak-anak. Bayi dapat nombor khas yang lebih cepat. Malangnya kami tak dapat nombor khas walaupun husband ada mention umur Auni masa di kaunter 2. Kami tak tahu tentang nombor khas untuk baby.

No sekarang 1183, 100 lagi untuk menunggu

Selepas 3 jam menunggu, nombor kami di panggil baru staf sedar ada baby dan inform kami tentang keistimewaan itu. Masa kami dah terbazir 3 jam dan staf kaunter cakap kena datang esok sebab kaunter bayaran dah tutup. Masa tu 4.30 petang. Hubby dah bising-bising. Ye la, dia ambil cuti hari tu untuk selesaikan beberapa urusan. Sebab dah buang masa 3 jam disitu, beberapa benda tak dapat setel. Di suruh lak datang esok sebab bukan kesalahan kami. Nak datang esok kena semua ada, bukan boleh seorang je datang bayar dan pick up pasport.

Di kaunter tu tangkap gambar seorang-seorang, pegawai isi particular follow ic dan birth certificate. Ada la beberapa benda dia tanya macam nombor telefon. Tak perlu isi borang. Cuma tandatangan, cap jari dan pengesahan ibu jari. Auni je tak perlu. Anas pun kena cap jari. Masa ni Auni dah nangis kuat. Datang pegawai tanya. Baru lah staf tu bahagi separuh pada pegawai sebelah untuk buat nak bagi cepat. Dia cakap nak try bagi setel hari ni gak. Husband bising-bising kat saya sebab kena datang esok. Saya balas balik, mungkin dia dengar.

Selesai di kaunter tu, kena tunggu untuk bayaran pula. Kaunter bayaran yang tutup 4.30 petang,  kaunter ambil pasport tutup 5.30 petang. 4.40 petang baru bayar dah pick up pasport 5.20 petang. 5.30 petang baru keluar dari situ.


No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...