Monday, July 25, 2016

5 Hari Raya kami - AnS


Assalamualaikum.
Masih di bulan Syawal. Nak share kisah Hari Raya kami walau dah basi πŸ˜€

1 Syawal

Di kampung hubby seperti tahun-tahun lepas. Selepas sesi bermaafan dan bergambar bersama keluarga mertua, bergerak pulang ke rumah keluarga saya pula. Dari 2 petang hingga 11 malam tetamu non stop datang berata. Seperti biasa ayah saya open house pada 1 Syawal dengan menu tahun ni laksa, nasi putih, kari ikan talang, sambal tumis ikan bilis, rendang daging, lemang, ketupat palas, nasi impit, kuah kacang dan manisan seperti kuih raya dan kek. Selesai mengemas, kami pulang ke rumah.


2 Syawal

Anas selsema, Auni pun dah nampak simptom. Lepas zohor ke Kg Pelet dan Sungai Ara, rumah pak cik saya. Kami pergi konvoi bersama ayah. Kemudian straight pulang kampung husband, ayah saya nak beraya di sana pula. Lepas Maghrib kami ke Hospital bawa MIL.

3 Syawal

Selepas ujian darah dan xray, MIL terpaksa di tahan ada jangkitan kuman di paru-paru. 3 pagi baru kami sampai di rumah. Untung mak, semua anak lelaki ada bersama, mengambil berat atas kesihatan mak. Kami tak ke mana-mana, cuma petang ke hospital. Husband saja melawat, saya bersama Auni tunggu di bawah. Auni masih selsema dan makin teruk nampaknya. Lepas maghrib ke Mydin kemudian jemput BIL dan isteri ke rumah kami makan malam.

4 Syawal

Husband ke hospital dan uruskan cleaner cuci rumah BIL. Ada jemputan open house tapi tak berkesempatan nak pergi.

5 Syawal


Jemputan open house dan wedding kawan hubby hari ni. Lepas attend dua-dua majlis ke rumah kawan saya. Mini reunion. Jumpa la 4 orang kawan kat situ. Susah nak kumpul semua sekarang ni. Lepas Maghrib, hubby ke hospital jenguk mak. InsyaAllah esok dah boleh balik. Lebih mudah nak urus bila saya dah kerja.

6 Syawal


Mula kerja dan uruskan discaj mak. Selesai semua kami makan malam bersama FIL, dan BIL yang akan pulang ke KL esok.

0 pendapat:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...