Thursday, July 21, 2016

Check up Auni Suraya 3 bulan, Anas Syauqi 3 tahun 3 bulan

Assalamualaikum..
Hampir terlupa entri ni sebab check up pada minggu terakhir bercuti dan di akhir Ramadhan sibuk dengan persiapan raya. Dah lebih 2 minggu dan saya dah tak berapa ingat. Seperti biasa temujanji waktu petang. Hasil dari check up:

Auni Suraya
Berat : 4kg (atas garisan antara merah dan kuning)
Panjang : 54cm (dalam column kuning)
BMI : 13.7 (normal)
Lilitan kepala : 37cm


Anas Syauqi
Berat : 10.5kg (turun 500gram dari 2 bulan lepas, dalam garisan kuning)
Tinggi : 94cm (normal)
BMI : 11.8 (garis merah)

Temujanji lagi 2 bulan. Ada juga tanya, kenapa kerap jumpa, sepatutnya 6 bulan sekali. Jawapan yang dapat sebab berat tak cantik kena kerap jumpa.

Auni cucuk 3 bulan untuk second dose DTaP/Hib/IPV

Perkembangan mereka berdua normal mengikut carta umur. Dua-dua masih minum susu badan. Cuma Anas kena tanya detail tentang pemakanan dan diberi saranan apa yang perlu untuk tingkatkan berat badan. Benda yang sama seperti bulan-bulan lepas.

0 pendapat:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...