Monday, July 11, 2016

Auni Suraya - berkhatan


Assalamualaikum..
Alhamdulillah, Auni dah khatan. Masa dalam pantang saya message kawan-kawan yang ada anak perempuan, tanya tentang hal khatan. Masing-masing cakap bagi bidan buat. Saya ni pantang sendiri, yang datang urut pun bidan moden. Tak tahu pasal khatan ni. Kawan saya nasihat untuk khatan di klinik / hospital je. Saya blogwalking cari info. Yang jumpa, khatan masa usia anak lebih dari 6 bulan. Kalah boleh saya nak selesaikan masa tengah cuti ni.

Masa bawa Auni check up 2 bulan kat KKIA, saja la tanya nurse situ, kat mana nak khatan. Nurse tu suggest klinik yang dia bawa semua anak dia khatan. Balik saya google info klinik tu. Tengok alamat, nombor telefon. Saya call dan mintak details. Inform kat husband, dia setuju tapi tunggu anak-anak sihat. Masa tu Anas dan Auni demam. Saya juga sempat survey lagi 2 klinik tanya tentang harga.

Klinik Rashidah : RM25 (tak perlu appointment)
Poliklinik Marina : RM45 (perlu call dahulu)
Klinik Putra : RM50++ (perlu call)




Ikut saya nak pergi Klinik Rashidah je sebab murah dan mudah tapi hubby nak ke Poliklinik Marina sebab dekat dan pernah berurusan di situ. Sebelum pergi saya call, Doktor Marina tak de. Saya call Klinik Rashidah. Masa tu 12 tengah hari. Staf cakap Doktor ada tapi klinik rehat 1 hingga 3 pEtang. Kami pergi 3 petang, pandu arah ikut Google maps dan kami yang pertama daftar. 3.25 petang selesai urusan. Masuk bilik doktor, baringkan Auni atas katil, staf buka seluar dan diapers Auni. Doktor memang dah ready barang, pegang gunting, gunting sikit je dan letak kapas. Selesai dan siap. Pergi kaunter dan bayar. Doktor pesan nanti balik sapu minyak gamat tapi saya tukar diapers masa Auni berak tak sapu apa pun. Basuh dengan air je. Auni pun ok, tak nangis apa pun. Malam pun tidur nyenyak je.




0 pendapat:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...