Friday, September 2, 2016

Check up Auni Suraya 5 bulan, Anas Syauqi 3 tahun 5 bulan


Assalamualaikum..
Rabu, petang bawa dua-dua askar ni ke klinik check up. Lama sikit kali ni. Keluar rumah pun dah pukul 2, bagi dua-dua makan kenyang-kenyang, mainan dan selesa baru gerak. Kalau tak, meragam dalam kereta. Sampai klinik ambil nombor, timbang dua-dua, pastu tunggu bilik nurse. Cam biasa komen tentang berat dua-dua yang tak normal. Di beri temujanji akan datang dan kena tunggu di depan bilik injection. Sampai turn Auni, injection ambil masa sikit sebab vaksin Difteria banyak tapisan kena lalui. Sampai terlena la Auni kat atas saya. Kejut untuk cucuk, pas cucuk nangis kejap. Masuk kereta dah senyap terkebil-kebil mata. Sampai rumah letak kat ruang tamu, meniarap terus tidur.


Hasil perkembangan mereka kali ini,

Anas Syauqi
Berat: 11 kg (kawasan kuning)
Tinggi: 95 cm (normal)
BMI: 12.1 (kawasan merah)
Auni Suraya
Berat: 4.7 kg (kawasan kuning)
Panjang: 59 cm (kawasan kuning)
BMI: 13.5 (kawasan kuning)
Lilitan Kepala: 40 cm (normal)

Auni dah meniarap, telentang golek sana sini sampai jatuh tilam katil dah. Tak boleh tinggal sorang dah. Pampers baru je tukar saiz S. Masih minum susu badan sepenuhnya. Anas bercakap dah petah. Boleh cakap ayat panjang. Boleh pakai baju dan seluar sendiri. Seluar boleh buka. Baju tak reti buka sendiri. Boleh lukis bulat, berdiru sebelah kaki. Colour kenal, anggota badan. Bahasa inhgeris pun dia cakap ikut dan dia. Pengaruh youtube. Pampers baru sebulan tukar saiz L. Sekarang habit tidur lwbih baik dari dulu. Tapi still tidur lambat. Paling awal 1 pagi. Kurang dah la tidur subuh.

0 pendapat:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...