Monday, September 5, 2016

Ogos 2016 - Contest, Giveaway, Freebies, Free sample

Assalamualaikum..
Julai yang lalu terima 15 barang termasuk hadiah menang giveaway, contest.

1. Pasta Jalanan - meetball

Ini kali ke 4 rasanya FB Pasta Jalanan anjurkan giveaway. Hubby pernah menang pasta, kali ni saya menang meatball. Hadiah collect sendiri di gerai mereka.



2. Smartheart Giveaway


Giveaway di anjurkan selama 4 minggu. Saya menang minggu ke 2 kot. Best betul hadiahnya. 1 kotak makanan kucing dan 2 keping tiket wayang. Dalam kotak tu ada 40 peket makanan kucing dalam 4 kotak berasingan. 3 kotak bagi kat cousin yang bela kucing dan 1 kotak lagi tinggal rumah mak untuk bagi makan kucing-kucing kawasan situ.



3. Kuiz sambutan bulan Penyusuan Susu Ibu


Sambutan peringkat hospital. Jawab soalan kuiz dan dapatt hadiah. Leh pilih nak lotion atau head to toe.

4. Perasmian Majlis Minggu Penyusuan


Dijemput hadir ke Majlis Perasmian. Semua yang hadir terima goodie bag.

5.  Sampel Breeze

Terima sampel sabun ini. Kali ke dua dah terima.

6. Giveaway LactaLove - breastfeeding week


Giveaway anjuran FB LactaLove, like, share dan tag di post mereka. Dan saya salah seorang yang bertuah. 5 pemenang dan ada 3 hadiah. Sebab saya orang pertama yang PM, saya boleh pilih nak hadiah apa. Saya pilih beg.

7. Kotex free sample


8. Gift dari scan code



Kami stay di hotel dan dalam lif nampak iklan. Scan QR Code dan tunjuk di kaunter pendaftaran. Hadiah nye pen.

9. Acson Giveaway


Anjuran FB Acson, nama hubby sangkut. Hadiahnya mug.

10. Sampel Isani


Terima sampel sabun. Boleh guna untuk pelbagai lapisan umur. Baik untuk eczema, parut dan lain-lagi masalah kulit.

11. Dryper Baby Care sample kit

Dapat email untuk pemilihan Drypers Ambassador. Complete step yang perlu dan kalau terpilih akan dapat travel kit. Dan saya terpilih. Dah dapat kit tu kena snap gambar baby dengan kit, post kat media sosial beserta # dan tag nama kawan.

12. Sampel Prego


Ada post di FB Prego untuk isi details jika nak terima sampel. 100 yang pertama dapat. Isi nama saya dan hubby. Dua-dua bertuah.

13. Indocafe


Giveaway di FB Indocafe sepanjang sukan Olimpik. Hari-hari join. Yang last giveaway selepas tamat olimpik, kena letak slogan untuk pemenang pingat dan saya terpilih sebagai pemenang pertama. Hadiahnya sehelai t-shirt, 4 keping tiket wayang yang akan expired lagi 2 hari dan beberapa peket sampel produk mereka.



14. Shopee



Letak gambar anak untuk menang baby bibs. 50 pemenang dan saya salah seorang darinya.


15. LFS Cinemas


Contest di FB LFS, jawab soalan dan nama hubby sangkut. Lepas announcement winner, email butir peribadi untuk collection hadiah.


Alhamdulillah atas semua rezeki yang dapat pada bulan ini, walau tak semeriah bulan-bulan lepas. Biasalah permainan, ada turun naiknya. Moga saya terus di murahkan rezeki pada masa akan datang.




No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...