Saturday, September 17, 2016

Jalan - jalan Cari Makan - Kafe Ronda, Parit Buntar

Assalamualaikum...
Balik kampung masa Hari Raya Aidiladha lepas, hubby ajak pergi try makan di #KafeRonda. Katanya viral di group Facebook. Sampai depan kedai tengok banner depan kedai. Ada list menu. Ada western + local food. Saya cakap ok, jom try. Park kereta dan masuk. First impression, panas. Kami dari luar yang cuaca tengah panas dan masuk dalam kedai yang bertutup dan agak ramai orang, 90% meja full. Dah duduk baru rasa sejuk sikit.


Sebelah meja kami, meja panjang di gabung-gabung. Total di meja itu saja 10 orang. Ruang jadi sempit. Pelayan nak lalu pun kena mengiring. Tunggu beberapa minit belum nampak sesiapa tanya order. Mungkin kena order di kaunter. Saya cakap kat hubby, lambat kot makanan sampai sebab ramai orang. Hubby tanya kaunter. Konsep self servis. Ambil menu, pen dan kertas.

Tengok menu, tulis kod order yang nak. Kaunter cakap order dulu sebelum group ramai-ramai tu, kalau tak lambat. Beberapa menu dah habis dan diberitahu awal. Sementara hidangan siap, saya masuk toilet. Ok, bersih. Siap sedia tisu lagi. Bagus. Sinki dan sabun juga ada di luar toilet. Lantai toilet agak licin. Be careful.

Minuman sampai. Saya order green tea, hubby order watermelon. First time tey green tea. Kurang kena tekak. Anas macam suka je. Asyik sedut je. Kemudian makanan sampai. Saya order mi kari, hubby order chicken chop. Tapi dia silap tulis kod. Chicken chop + nasi ayam.


Mi kari sedap. Saya rate 4/5. Masa order ada inform yang kerang dah abis. Ada ayam dan cucur. Tauge banyak dan fresh. Saya tak suka tauge. Jenuh perasing. Hubby makan chicken cop + nasi dengan blackpepper gravy. Dia cakap blackpeper sedap. Chicken cop berminyak dan kulit tebal, isi kurang. Nasi ok. Fries ok. Coleslaw ok. Rate 3/5.

Habis makan bayar dan balik dengan niat boleh datang lagi lain kali. Deco kedai ni cantik. Recomend 👍 Total makanan dan minuman kami harga RM27. Murah.


0 pendapat:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...