Monday, September 19, 2016

Jalan - jalan Penang - Penang Time Tunnel / Fluorescent Fantasy Museum


Assalamualaikum.
Cuti weekend lepas panjang sikit, isnin cuti sebab Hari Raya Aidiladha. Cousim hubby datang, minta tolong hantar dia ke airport. Alang-alang dah ke sana, singgah ke apartment dia di Bukit Bendera. Parking la dekat parking bertingkat situ. Rate Rm3. Cas by hour. Malangnya orang ramai. Queue nak beli tiket pun panjang. Discuss dengan hubby, tak jadi naik Bukit Bendera, terus ke Padang Kota. Stop di Penang Time Tunnel. Harga masuk RM 16 seorang. Kena tunjuk MyKad. Tak de orang pun dalam tu. Kami je. Anggaran 45 minit pusing dalam tu. Kami pusing kejap je. Muzium berkenaan sejarah dan barang-baraNg antik. Dalam ni terbahagi kepada 3 bahagian. Bahagian pertama, tentang sejarah Pulau Pinang. Zaman Francis Light, cara orang dulu tidur, peralatan yang digunakan dan beberapa patung yang berkaitan.


Kemudian beralih ke bahagian mural art. Ada 4 je lukisan dan yang bagusnya ada wanita tolong snap gambar secara percuma. Masa di sini ada satu keluarga Arab tengah bergambar. Selesai mereka, wanita itu beralih ke kami. Kalau ramai di sini mesti sesak. Kecil je spacenya.


Lepas tu kena naik tangga yang sangat curam naik tingkat atas untuk bahagian fluorescent. Sini gelap, penuh dinding dengan lukisan yang ada pantulan cahaya. Nak bergambar kena off flash dan ada staf yang tolong snap photo. Pose la macam arahan mereka. Balik rumah tengok gambar semua tak elok. Hahaha.. Entah sebab telefon atau tak guna flash atau mereka yang tak pandai shot.


Kemudian ke bahagian mirror. Tengok cermin dan staf akan ambil gambar. Ada la dalam 8 ke 10 gambar.


Tepi section nj ada bilik untuk shot upside down. 2 je la yang boleh shot. Sebab bahagian penamat kot. Sambungannya kena pergi upside down muzium kawasan lain.


Itu saja jalan - jalan Penang kami kali ini. Ada masa dan kesempatan kami tawaf tempat lain dan akan review di sini.

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...