Tuesday, September 13, 2016

Jom Tukar Kad Maybank Visa Debit Dengan Gambar Sendiri

Assalamualaikum

Sebelum ni ramai yang dah bertukar kad maybank visa debit yang baru memandangkan kena tukar baru. Tapi yang terbaru ni boleh tukar gambar sendiri pada kad maybank visa debit tu. Lagi menarik kan, ekslusif sikit ada gambar sendiri. Di sini saya share cara nak tukar kad online.

1. pergi website http://www.maybank2u.com.my/ dan klik menu cards pada bahagian menu atas tu. Kemudian klik debit cards>>Finds out more pada Maybank Visa Debit Picture Card

2. Dalam page tersebut cari bahagian how to apply dan click here yang berwarna biru
3. Kalau rajin, boleh baca Terms & Conditions. Dah bersetuju klik accept

4. Untuk upload gambar sendiri klik pada use custom image . Pastikan pilih gambar yang sesuai yang telah di senaraikan.

5. Dah pilih gambar yang sesuai, korang boleh adjust gambar kiri kanan atas bawah mengikut kesesuaian gambar yang di upload. Boleh besarkan skala gambar dan juga boleh buat macam-macam menggunakan tools sebelah kiri tu. Bila dah puas hati, klik finalize. Kalau nak tukar gambar boleh klik choose different image.

6. Kemudian keluar pop-up, klik submit. Tunggu loading sekejap dalam 2-3 minit

7. Dah habis uploading, klik finish.
8. Masukkan data yang diperlukan seperti email, last 4 digit ID Card dan cawangan tempat pengambilan kad. Dah siap isi, klik continue. 
9. Design kad akan di review, pastikan Please disable pop-up blockers to 'Continue' dengan pembayaran
10. Kemudian akan keluar pop-up new tab untuk teruskan pembayaran.  Log in account maybank macam biasa.

11. Bayaran RM26.50 di kenakan untuk penukaran kad maybank visa debit dengan gambar sendiri. Okay settle. 

Cek email, akan sampai email yang nyatakan kita dah apply kad. Dekat situ ada no rujukan kad kita. Simpan, kalau ada masalah boleh refer situ. Katanya kad akan siap 14 hari bekerja dan akan sampai email kedua untuk collect.

Kisah saya selepas 14 hari tak terima email. Saya call Maybank customer servis dan bercakap dengan pegawai. Hasil dari komunikasi pertama, masalah saya tak selesai. Saya kena hubungi Maybank yang nak collect untuk semak kad dah sampai sana atau tidak.

Lepas call, kad saya tiada. Lepas seminggu saya call lagi ke Cawangan Maybank, masih tiada. Ada juga tanya camna nak tau dah siap ke tak, nak follow up sebab dah lama, katanya kena call customer service. Say call CS, komunikasi saya berhasil walau tunggu lama dan dia balas call saya untuk semak.

Katanya dah pos ke cawangan dan minggu depan saya kena follow up dengan cawangan berkenaan untuk update dan kalau ada masalah tak perlu call CS. Minta cawangan yang selesai kan masalah.

Selepas 31 hari, saya hubungi Maybank cawangan berkenaan dan kad saya dah ada. Saya perlu print email dan bawa ke cawangan tersebut. Selepas seminggu, saya masih belum terima email. Saya hubungi cawangan, dan bercakap dengan SUZAN. Saya ingat nama dia, dia sangat biadap. Dia tak sambungkan panggilan saya kepada pegawai yang in charge. Dah beberapa kali saya call, sebelum ni semua panggilan di sambung kepada dia tetapi hari ni tak. Suzan marah saya sebab hubungi cawangan, suruh saya hubungi CS untuk semak dan marah saya. Saya minta dia selesaikan masalah saya yang tak terima email. Samada dia perlu tanya ke bahagian debit card atau apa saja penyelesaian sebab dah lebih 30 hari saya belum terima. Tetapi dia tak nak bantu saya. Dia suruh saya tunggu email atau hubungi CS. Bila saya berkeras tak nak cal CS dan nak juga collect kad saya tanpa tunggu email, dia suruh saya print saja apa-apa email yag sah kan address email hak milik saya.

Minggu selepas itu baru saya pergi collect. Submit, buat payment 29/7/16, collect 6/9/16. Sampai di cawangan berkenaan masih peelu menunggu giliran dan selepas 50 minit baru terima kad di tangan.




No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...