Sunday, September 11, 2016

Hari Raya Aidiladha

Assalamualaikum,

Sempena Hari Raya Aidiladha esok, saya buat entri berkaitan dengan Aidiladha dari segi pengertian, dan sambutannya.

Diraikan Oleh semua unat Islam seluruh dunia.

Kepentingannya adalah untuk memperingati peristiwa kesanggupan Nabi Ibrahim a.s untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s sebagai simbolik ketaatannya  kepada Allah s.w.t. Namun Allah s.w.t menggantikan anaknya itu dengan kibas untuk penyembelihan dan mengarahkan Nabi Ibrahim a.s menyembelih kibas itu. Dan ia juga menandakan berakhirnya musim Haji ke Makkah.

Tarikh sambutan adalah pada 10 Zulhijjah

Sambutan, penukaran kelambu Kaabah (kiswah ) pada 9 Zulhijjah, menghias rumah, menziarahi keluarga dan sahabat, jamuan makan, memberi hadiah, memakai pakaian baru.

Amalan, Solat Sunat Aidiladha, mengadakan ibadah korban bermula selepas solat sunat Aidiladha, sepanjang hari Tasyrik (11, 12, 13 Zulhijjah). Ini bertujuan untuk mendampikan diri dengan Allah. Haiwan yang boleh di jadikan korban adalah lembu, kambing, unta, kerbau dan kibas.


Selamat Berkorban 😀

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...