Wednesday, September 21, 2016

Review novel - Cinta Terlebih Gula


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Karya penulis favourite saya, sanggup skip satu novel sebab nak baca. Tau dah mesti tak rugi beli dan baca.

Sinopsis
Zahra di atur untuk berkahwin dengan Adi. Dia dan Adi terima walau masing-masing tiada cinta tetapi dengan niat menggembirakan ibu bapa mereka. Selepas dinikahkan, Zahra belajar mencintai suaminya. Begitu juga Adi tetapi kehadiran Mia menjadikan mereka jauh. Adi berniat untuk berkahwin dengan Mia tetapi dia berat untuk berterus terang dengan Zahra. Naluri isteri sentiasa benar. Zahra ternampak beberapa kali kecurangan Adi. Dia mendiamkan diri dan menunggu Adi untuk beeterus terang. Bila Adi berterus terang, dengan ucapan talak akan jatuh apabila Adi melafazkan nikah Mia. Selepas Mia dan Adi bernikah di hadapan Zahra, Zahra jadi walang. Tiba-tiba Adi mengejar Zahra semula. Kenapa? Adakah Zahra menerima Adi selepas kehadiran hafiz?

Kisah yang penuh konflik. Tabahnya seorang wanita, isteri. Saya faham perasaanya. Jika saya di tempatnya mesti saya juga begitu. Mungkin isteri saja paham situasi ini. Novel ni memang wajib beli. Tak rugi memilikinya. Malangnya novel ni tak di jual di kedai-kedai. Terbitan khas dari penulisnya.

0 pendapat:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...