Temujanji kali ni pergi dengan hubby. Saya yang pening sebab ingatkan sekali Anas. Letak la buku Anas, rupanya Anas November ni. Kali ni kejap je jumpa. Sebelum 3 petang dah selesai. Register, ambil nombor, antropometri, penilaian PnP dan cucuk vaksin Booster Hepatitis. Dari hasil temujanji kali ni,
Berat : 5.2 kg (area kuning - KBBS)
Panjang : 60 cm (Area kuning - B)
BMI : 14.4 (normal)
Lilitan kepala : 40 cm
Dah boleh mula start bagi semisolid food dan lepas ni temujanji setiap 2 bulan.
Setakat Auni 6 bulan ni, perkembangannya dah mula tegakkan tangan masa meniarap. Kadang-kadang angkat punggung pastu goyang kedepan kebelakang. Posisi merangkak tapi belum merangkak lagi. Tabiat hisap jari jika lapar dan mengantuk. Dah tidur dia akan lepaskan jari sendiri. Demam, selsema dah berkali-kali sepanjanh lahir. Kalau Anas sakit, berjangkitlah pada Auni. Setakat ni tak pernah lebih 3 hari dan sembuh sendiri tanpa bantuan ubat.
Sepanjang diberi vaksin belum lagi demam post vaccination. Semua barang depan mata nak pegang pastu masuk dalam mulut. Solid food baru mula dengan 2 jenis buah. Betik dan honey dew. Tak bagi hari-hari pun. Bagi pun sekali je sehari. Niat bagi untuk biasakan lidah, mulut untuk merasa. Gigi pun belum tumbuh lagi. Saya ada baca, bayi belum bersedia untuk makan jika tiada gigi sebab bila ada gigi, gigi link dengan usus untuk penghadaman. Tak pe la. So far yang saya bagi semua blend halus dan kuantiti sikit.
Jumpa lagi di lain entri 😏
No comments:
Post a Comment
Thanks :)