Thursday, October 13, 2016

Tuntutan Elaun Perpindahan Rumah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pekerja kerajaan layak untuk tuntut Bayaran Pindah rumah sekali sepanjang perkhidmatannya. Masa induksi zaman belajar Perintah Am ada la cerita pasal ni. Ingat-ingat lupa dah. Bila dapat kunci hujung Disember 2015, saya ada teringat untuk buat tuntutan. Pertengahan Mac 2016 saya pindah, lepas 2 minggu pindah saya bersalin. Kisah nak claim pun dah lupa. Lepas sebulan bersalin, hubby inform tentang claim ni. Dia ingat saya tak tahu boleh claim, saya pun terlupa nak update tentang hal tu. Teman sekerja hubby kongsi pengalaman dia buat claim. Katanya tempoh claim 3 bulan dari bermulanya potongan gaji pinjaman perumahan. Ikutkan kiraan saya, masa tu saya masih dalam cuti. Tak sempat la nak claim.


Saya hubungi pejabat, tanya tentang hal tersebut. Bercakapa dengan pegawai yang uruskan bahagian claim dan menurutnya claim tersebut tiada deadline. Boleh je nak claim bila-bila. Dokumen yang di perlukan adalah borang tuntutan, sijil nikah, surat kelulusan pinjaman.

Kadar bayaran mengikut gred


Minggu pertama selepas masuk kerja saya ke bahagian pentadbiran ambil borang dan berjumpa pegawai. Malangnya pegawai yang in charge tidak dapat di kesan. Saya tanya la pada mana yang ada. Borang kena isi particular semua yang berkaitan dan ditandatangani oleh ketua jabatan. Antara dokumen yang diperlukan 2 salinan kelulusan pinjaman, sijil nikah, salinan penyata bank (yang ada mention nombor akaun). Selesai lampirkan semua tu dan borang pun bos dah sign, saya ke bahagian kewangan untuk submit. Dia semak borang saya dan katanya semua ok tapi nak semua DUA SALINAN termasuk borang yang bos sign tu. Dan semua lampiran tu nak 2 salinan dan siap disahkan. Dah nak cari bos pulak masalah. Bos bukan sentiasa ada.

Selepas raya, ketua saya inform bos dah sign dan terus submit ke bahagian kewangan. Submit pada pertengaahan Julai dan selepas 2 bulan, saya terima SMS dan email menyatakan wang telah dimasukkan dalam akaun.

1 comment:

  1. TERIMA KASIH. SHARING YANG SANGAT BERMANFAAT. TENGAH CARI INFO NAK SUBMIT CLAIM NI, SEBAB PEGAWAI KEWANGAN CUTI PULAK.NAK BUAT CLAIM NI.

    ReplyDelete

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...