Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,
15 September yang lepas, hari ulang tahun kelahiran ayah saya. Kami 4 beradik plan nak pergi makan-makan. Saya la yang cari tempat. Ramai lak share di FB lokasi ni, saja suggest kat adik-adik dan semua pun setuju.
Masa hari tu saya booking table melalui SMS. Beri nama, waktu nak datang dan bilangan orang. Inform sekali ada birthday person. Lepas Maghrib gerak la kami bersama-sama. Nasib kami dah booking, meja kami dah siap-siap cantum. Tempat cantik. Makanan ada pelbagai pilihan. Yang sambut birthday tak perlu bayar, percuma dan kena tunjuk IC masa nak bayar. Harga RM16.90 seorang termasuk makanan, minuman dan ais krim cup 1.
Minuman panas tak de. Ada 2 jenis je. Mungkin boleh dipelbagaikan minuman. makanan bagi saya ok. Setimpal dengan bayaran. Makanan pun fresh. Cuma agak panas. Ada kipas dan kawasan open air. Nyamuk pun boleh tahan banyak. Kalau pergi dengan kawan-kawan memang best. Kalau dengan anak kecil tak leh lama-lama la.
No comments:
Post a Comment
Thanks :)