Friday, October 7, 2016

September 2016 - Contest, Giveaway, Freebies, Free sample

Hai, Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Moga rezeki ini sentiasa dipanjangkan.. Amin

1. Emborg - Celebrate Merdeka week 3


Saya menang pada minggu ke tiga. Geram kot bila setiap kali umum nama saya tak de. Sekali dia umum, 3 akaun sangkut. Hadiahnya 3 ekor panda bear.



2. Goodie Bag - Mum & Baby Expo


Register, tunjuk IC bagi details dan dapat goodie bag. Biasa event anjuran Kenlink tak pernah dapat. Kali ni dapat lak.

3. Everyday Clear Comfort


Giveaway dijalankan selama sebulan. Mudah je giveaway ni, like, share dan tag je.


Dapat surat untuk claim di cawangan Optical 88. Kena beli 1 box (8 pcs) baru dapat free 1 box. Offer kat orang lain je. Saya tak guna lense.

4. Home Tester - Product trial


Saya terpilih untuk mencuba produk susu. Daftar saja di www.hometesterclub.my



5. Simple Skincare sampel


Screenshot product yang kita nak cuba. Lepas tu dapat PM minta alamat dan saya terpilih untuk try produk mereka.


Hadiahnya sampel tisu basah penanggal make up.

6. LINE Fun


Jawab soalan di Line, dapat diskaun untuk pembelian di Lazada. Banyak je yg dapat sebenarnya tapi nak share juga kat sini.

7. Sampel Drypers Touch



Request di website Drypers. Belum pernah try lagi jenis Touch ni.

8. Giveaway Kain Cotton Wardrobe Ummi


Giveaway anjuran FB Wardrobe Ummi. Like dan share bersama caption yang menarik. 6 pemenang di pilih dan saya salah seorang darinya. Hadiahnya kain cotton denim. Ini kali ketiga saya menang dengan FB ni. Alhamdulillah, elok kainnya.



9. Lunatots - Milk Story Healthy Bar Giveaway



Beri sebab kenapa kita nak Milk Story Healthy bar dan saya antara yang bertuah.



10. Heinz - Spot the Difference


Giveaway yang berlangsung selama 10 hari berturut-turut dengan image yang berlainan. Cari perbezaan setiap gambar dan senaraikan. Ada yang saya senarai, ada yang saya edit gambar. Ini tahun kedua saya join dan kali no bertuah.



11. Minggu Penyusuan Susu Ibu


Cenderahati dari Persatuan tempoh hari tapi saya baru dapat.

12. Sampel Soya



Request di Facebook tempoh hari. Dapat 3 peket susu soya + ginger. Baru sekali bancuh untuk hubby. Dia cakap panas.

0 pendapat:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...