Thursday, November 3, 2016

Birthday Celebration - Cameron Highland

27/10/2016 - Khamis
Tol : 16.80
Tiket 3D muzium : RM 51
Hotel : RM 100
Minyak : RM36 (20 liter)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Misi bercuti si teruskan selepas 24 jam rest di rumah. 6.55 pagi bertolak dari rumah. 9.30 pagi stop makan dan mandikan anak-anak di Hentian Sungai Perak. 11.30 pagi sampai di CH. Set tempat mana nak pergi dulu. Actually tak de plan pun sebab semua tempat dah pernah pergi. Tengok maps, yang paling awal jumpa nak singgah.


Kami ke Ladang Teh BOH, Sungei Palas. Situ view cantik nak bergambar. Kali ke dua kami ke sini. Perjalanan yang penuh cabaran dan liku-liku. Dekat nak sampai puncak ada kemalangan. Alhamdulillah sampai juga. Parking bawah tu. Hubby siap keluarkan stroller. Pastu dia tengok jauh nak menapak naik. Redah je dia drive naik atas. Pastu baru ingat, dulu pun kami drive naik. Nasib baik Anas dan Auni baru bangun masa sampai sini. Tak de la moody dua-dua. Saya singgah beli Teh BOH kat situ. Beli siap-siap sebab nanti kat bawah yang murah jenama lain, bukan BOH. Beli sekali untuk buah tangan saudara.


Turun dari Ladang Teh BOH, stop jap tepi jalan tangkap gambar depan rimbunan pokok teh. Gerak nak isi minyak dan makan. Hubby ajak makan di Cameron Square, bertentangan dengan laluan masuk ke Ladang Teh BOH. Bangunan hotel dan kedai-kedai yang baru di bina di CH. Tingkat 1, restoran dan kedai². Tingkat 3 dan ke atas hotel. Parking percuma dalam bangunan tu. Kami makan di Teh Tarik Place. Lepas makan, bawa Anas bergambar dengan robot Transformers. Ada di bahagian depan. Masa masuk tadi dah janji nak bawa dia ke situ.


Nampak banner Muzium 3D di tingkat 2. Hubby ajak masuk. Tiket RM20 seorang dewasa. Kanak² RM11. Pelanggan hotel RM12. Kami baru plan nak survey hotel tu untuk bermalam. Pergi tanya bilik di reception. Bilik full, ada 2 event di situ. Tinggal bilik yang harga tak mampu bayar je. Cancel nak stay situ dan masuk ke muzium.


Muzium tu ada banyak gambar. Malangnya tiada arahan untuk bergambar. Kami dah pergi beberapa 3D, semuanya di letakkan contoh gambar untuk dapatkan view cantik tapi di sini tak de. Kami try n error je shot. Yang bagusnya, hanya kami di sini. Ambil la masa berapa lama pun dan tak perlu tunggu giliran. Petugas yang jaga tu datang untuk ambil gambar kami sekeluarga dengan ayat saja nak test. Dia ganggu kami. Mula² kami ikut je permintaan dia. Sampai dah lebih 3 kali ganggu hubby dah mula bising.


Masa nak kuar dia tahan suruh tengok gambar yang dia shot. Hubby tak layan, dia bisik jangan beli kalau mahal. Saya tengok gambar yang di ambil. Gambar blur, sangat banyak shot yang snap dan tak cantik. Dia fokus muka kami bukan backdrop. Harga RM25 - 1pcs, RM45 - 2pcs dan RM50 - 3pcs. Saya tanya hubby, dia cakap tak nak. Bila saya tak nak beli, dia nego harga, 2pcs RM30. Saya balas, saya beli kalau 3pcs RM30. Terus dia geleng kepala tak boleh.


Kami teruskan misi mencari hotel. Masuk pekan Brinchang, banyak hotel dan kedai di situ. Hari dah mula hujan. Hubby je turun tanya harga hotel. Kami pilih Pop Ash Hotel. Kaunter reception tingkat satu. Bilik tingkat 2. Deluxe king room. Katil king, towel, slipper, sabun, tv dengan astro channel, wifi laju, cerek di sediakan. Yang tak de hanger, tong sampah. Toilet agak kecil. Bilik ada tingkap. Kami rehat, mandi dan solat.

8.30 malam keluar bilik cari makan. Hujan lebat dan kami makan di food court depan hotel. Jalan kaki je. Nak pergi pasar malam pun tak leh hujan. Food court tak banyak gerai ada. Hubby makan nasi ayam dan sate. Saya order kueteow sup tulang. Sinki nak basuh tangan tak de. Kena masuk ke dapur kedai nak basuh tangan. Public toilet nak masuk bayar 50 sen. Lepas makan naik bilik. Masuk-masuk nampak bilik kami penuh lipas di lantai. Hubby call reception dan dia datang tengok snap photo tunjuk pada bos dia. Hubby request bilik lain.

Lepas 5 minit dia datang semula dan bagi kami kunci bilik baru. Selang satu bilik je dengan bilik tadi. Bilik ni ada tong sampah dan hanger. Dalam bilik ada kipas ye. Tapi sejuk yang amat, kipas pun tak perlu. Malam tu kami tidur dengan nyenyaknya.

28/10/2016 - Jumaat
Tiket Taman Rama² - RM18
Tol : RM14.20


Hari ni nak balik. Sekolah dah cuti untuk deepavali. Nanti jalan jem. 10 pagi check out hotel. Breakfast di deretan kedai bawah hotel. Lepas makan, kami ke Taman Rama². Janji nak bawa Anas ke Taman rama² dari Melaka lagi. Dah sampai sini ada, bawa la dia ke sini.


Penat gak berjalan dalam ni sebab jalan curam. Kena naik turun tangga. Ada beberapa bahagian - rama², serangga, reptilia, amfibia dan bunga. Anas seronok. Dia suka la kalau haiwan² ni. Tempat ni tak sesuai bawa stroller sebab banyak tangga. Tiada jalan yang landai.


Lepas tu kami ke Kea farm, nak beli ole². Ramai orang, parking nasib je dapat. Ada je parking lebih luas dan besar baru di buat tapi jauh la nak jalan. Anas pun dah mula crancky. Tak sempat survey, terus tuju beli je. Beli sayur 7 peket RM10, ubi keledek madu 3kg RM20, jagung madu 8 longgok RM60, strawberi 2 pek besar RM20. Dah dapat semua tu terus ke kereta. Dalam perjalanan stop beli kim chan goreng, cendawan goreng dan ubi madu rebus dengan harga RM3 sepeket. Buat bekal makan dalam kereta.

Keluar dari Kea Farm, jalan dah mula sesak dari bahagian bertentangan. Nasib kami awal. Masa tu 1.30 petang. 4.15 petang sampai di kampung hubby. Singgah hantar sayur yang di beli. Perjalanan lancar. Ada 2 kemalangan yang kami jumpa tapi belum sesak lagi. Sekian sahaja kisah percutian kami. Jumpa lagi di lain entri.



No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...