Saturday, November 5, 2016

Oktober 2016 - Contest, Giveaway, Freebies, Free sample

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
September kurang bertuah tapi masih ada yang dapat. Alhamdulillah. Mari jenguk hasil Oktober pula.

1. Iylia Cookies Share n' Like




Contest di Fb. Share post kemudian kempen untuk kawan-kawan 'like' post tu. 4 like tertinggi dapat hadiah kek. Saya antara 4 itu. Hadiahnya brownies dan kek hantu. Kek deliver oleh admin.


2. Peraduan Merdekakan Kewangan ASNB


Contest anjuran ASNB. Follow channel YouTube mereka. Tonton semua klip video mereka tajuk 'mak kedekut' (kalau tak salah). Lepastu jawab semua soalan berkenaan video tersebut. Saya tersenarai antara 100 pemenang. Dapat hadiah powerbank jenama Philips.



3. Home Tester Trial Product - Listerine


Terima email untuk tester produk baru. Jawab beberapa soalan dan saya terpilih.



4. Kiddie Oasis - Giveaway every Friday


Giveaway ni anjuran serentak di FB dan Ig dari page yang sama, cara yang sama dan ada setiap minggu. Tiap minggu join, minggu pertama Oktober ada rezeki saya. Masa join kena bagi ayat yang diminta dan tag seorang kawan. Bila menang, hadiah dapat 2, satu bg kat kawan yang di tag tu.


5. Enchanteur giveaway


Giveaway di FB Echanteur. Share story suprise yang pernah dibuat untuk orang yang tersayang. Saya share kisah saya suprisekan hubby masa birthday dia last year. Saya anatara 5 yang terpilih terima hadiah misteri dari Enchanteur.


6. Sampel detergent dan softener


Request di FB ke website, lupa dah untuk sampel-sampel ini.

7. Katalog Ikea


Ada post kat FB Ikea untuk request katalog IkEa 2017. limited stok dan saya antara yang bertuah.

8. GSC - Inferno Facebook Giveaway


Selalu join Giveaway anjuran GSC dan tak pernah bertuah. Alhamdulillah kali ni rezeki saya.



9. RHB Group - #Monyay



Giveaway setiap Isnin. Baru 2 kali join dan Alhamdulillah bertuah.

Lepas dapat kod, husband pilih mana yang
Dia nak dan terus purchase. Delivery rm20.


10. Crème Simon sample - #7dayBrightnessChallenge


Request sampel di FB dan bila dah terima sampel comple challenge yang diberi untuk hadiah yang lebih besar. Post gambar kita sebelum mula dan selepas tamat cabaran.


11. Boat Noodle - Instagram 'Solve the Puzzle'

Join di Ig dan FB. Bernasib baik di Ig. Menang baucar Boat noodle RM20. Malangnya kena pick up di Selangor. Harapan la nak pergi. Baru je balik dari sana minggu lepas. Request untuk pos tapi tak boleh. Boleh minta wakil pick up tapi tak de sapa nak minta tolong. Kempunan la. Huhu..


Alhamdulillah atas rezeki² ini. Walau tak banyak tapi berharga dan bernilai bagi saya. Saya pun dah tak sungguh² join contest / giveaway sekarang ni. Dah anak 2, agak busy. Banyak benda yang peelu di uruskan. Di tempat kerja juga punya kekangan waktu. Sekurang-kurangnya ada yang berhasil. Kita tengok bulan November pula macam mana hasilnya.

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...