Thursday, November 24, 2016

Resepi nasi goreng cili kering


Assalamualaikum.
Resepi ni viral di facebook beberapa bulan lepas. Masa naik resepi dan gambar di news feed teringat pada arwah tok. Dia selalu buat masa sarapan pagi zaman sekolah dulu. Kalau ada lebih dapat la jamah. Bila tok dah meninggal, ada la juga tanya mak, camna nak buat. Tapi resepi yang mak bagi bila buat tak sama rasanya. Mak guna sambal belacan tapi arwah guna cili kering. Minggu lepas dah cuba buat. Mudah je dan sama rasanya macam arwah. Saya nak share resepi di sini. Resepi asal dari Fb tapi saya ubah ikut kesesuaian barang di rumah.

Bahan-bahan

2 pot ½ (pot kecik) Nasi sejuk
10 tangkai Cili kering (dah siap rebus / rendam air panas)
2 labu Bawang besar
5 ulas bawang putih
2cm belacan
15 ekor ikan bilis (siap goreng)
Telur
Garam
Gula

Cara-cara masak

1. Tumbuk bawang, cili kering, belacan dan ikan bilis.
2. Tumis bahan tumbuk. Masukkan air dalam lesung sikit. Gaul sekali ngan bahan tumis.
3. Kacau bahan tumis sampai garing.
4. Masukkan 1 sudu besar gula, 1 sudu kecil garam.
5. Masukkan telur dan nasi.
6. Kalau adavsayur nak masukkan sekali boleh la masa ni. Masa saya buat stok sayur tak de.
7. Kacau nasi dengan bahan tumis dan telur. Biar hingga sebati dan boleh tutup api. Lebih kurang 10 minit.

Dah siap, boleh makan panas-panas.

0 pendapat:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...