Assalamualaikum
19 - 20 November 2016, Honda Malaysia anjurkan Honda Family Road Trip di Autocity Juru, Penang. Ini tahun ketiga kami sekeluarga pergi. Selepaspergi 2014 yang best, 2015 memang ditunggu-tunggu event. 2016 lak langsung tak perasan event ni. Kebetulan saya subscribe email untuk event di Autocity. Hari event baru perasan. Sempat la pergi yang hari Ahad. Sabtu malam ada BBQ di taman kami. Lewat la bangun ahad tu. Dah tengah hari bangun, siap², drama dengan anak, lunch dan 3 petang baru sampai di situ.
Hari nak hujan dan bagusnya event dibuat di tanah lapang dalam khemah dan ada air cond. Sangat selesa. Register nama dan email. Di beri kertas survey untuk di isi di penghujung acara. Jalan-jalan tengok kereta dan nampak booth untuk terima gift. Saya tanya staf di situ cara untuk join. Sepatutnya kena guna Ipad mereka, staf akan snap photo kita di situ tetapi ada masalah dengan Ipad. Saya diminta buat sendiri. Saya dah pernah guna apps tu dan mudah saja nak buat. Lepas snap, upload dan pergi ke booth tu. Tunjuk pada staf dan redeem hadiah. Hadiahnya penggantung dalam kereta, ada gambar kereta Honda.
Jalan ke booth seterusnya. Ada giant jingsaw puzzle. Saja cakap kat Anas, pergi la buat sebab Anas suka puzzle. Staf Honda minta kami suami isteri buat dan jika dapat selesaikan dalam 1 minit serta jawab 5 soalan akan dapat hadiah. Saya cari jawapan dan hubby tandakan. Sambil tu saya isi survey form yang dapat masa register. Dah siap isi, bagi pada staf dan dapat fail plastik.
Last booth, aktiviti untuk kanak-kanak. Ada float, Anas naik sekali tapi takut nak naik dah. Pertama kali dia naik. Selalunya benda tu kena bayar, kali ni percuma. Ada sand art, lukisan inai, cat di muka, game tangga ular dan pemberian belon pada kanak² oleh badut dan staf. Anas dan Auni masing² dapat 5 belon. Penuh stroller dengan belon. Cuaca panas masa ni. Aktiviti kanak² di buat di luar. Ada booth untuk bergambar dan join contest. Kami join. Kalau ada rezeki boleh la menang. 5 petang gerak ke booth sebelah, pameran sofa. Kejap je di situ. Panas sungguh, tiada ventilasi udara. Auni dah tak selesa masa ni. Ngantuk sangat dah.
No comments:
Post a Comment
Thanks :)