Tuesday, December 27, 2016

Auni Suraya 9 bulan

27/03/2016 - 27/12/2016
Auni Suraya dah 9 bulan.
Dah anak 2, hampir terlupa bila tarikh monthsary.
Kesian kat Auni. Semua pun kurang pada dia banding dengan Anas
Anas yang pertama, semua nya akan ingat.
Semuanya baru. Masih mentah bila dengan Anas.
Dengan Auni, banyak dah tau, dah mahir.

Tetapi Auni , sangat mudah di jaga.
Tak banyak kerenah. Aktif. Perkembangan lebih pantas
Banding dengan Anas. 11 malam je dah boleh bagi tidur. Bangun 1 ke 2 kali je untuk menyusu.
Banding dengan Anas, dari lahir hingga sekarang ada masalah untuk tidur malam.

Dah 9 bulan,
Masih menyusu badan sepenuhnya.
Pampers saiz S. Dah merangkak, duduk, berdiri dan berjalan sambil berpaut.
Dah makan blended food.
Mulut asyik sebut bababa dan senyum pada yang kenal.
Kalau orang yang tak kenal dukung, pegang, akan nangis.
Moga Auni membesar sihat, cerdas, bijak, cerdik dan baik² saja.


0 pendapat:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...