Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kalau tahun lepas saya buat suprise delivery pada husband, tahun ni saya deliver hadiah kepada dia. Last minute plan jugak ni. Tak sampai seminggu nak sampai tarikh birthday dia saya terfikir nak hadiahkan dia kamera. Tahu lama dah dia nak Gopro. Saya pun tanya pada kawan² sekolah berkenaan harga dan spesifikasi Gopro. Masa ni saya tak tahu pun harga Gopro. Kawan² saya bagi suggestion kamera lain yang seakan Gopro tetapu versi lebih murah dan ramai antara mereka pernah menggunakan kamera² tersebut.
Saya google dan baca review berkenaan kamera yang mereka sebut dan hingga terjumpanya Instagram yang menjual bersama pakej²nya. Dari review terus saya decide nak beli di Ig tersebut, banyak review cakap seller tu ok, trusted seller. Saya scroll down pada Ig tu dulu, cari model yang bersesuaian dengan bajet. Lepas tu saya DM, no reply, whatsapp lak, masih no reply. Mungkin weekend dia busy. Sambung baca review dan rasa macam dah ada pilihan. SJCAM 4000 wifi.
Kemudian tuan Ig reply whatsapp, saya tanya beza antara model. Dia bagi jawapn bergambar. Lagi mudah saya nak tengok dan bandingkan. Bezanya sikit je tapi beza harga banyak. Fikir² dan tanya seller, dan tanya pulak ada pakej tak untuk dua² tu.
Barang basic |
Pakej SJCAM5000 macam di atas tu. Kalau ambil basic saja tak de memori kad. Memori kad la penting bila ambil gambar. Tengok pula pakej SJCAM 4000
Selepas tanya beberapa soalan dan terus decide pilih pakej C SJ4000. Terus transfer duit dan minta pos keesokan hari (5/12/16). Birthday husband 9hb tapi kami start cuti 8hb. Paling lambat pun husband kena terima barang paling lambat 7hb. Hari² saya check sratus tracking number nak tau barang di mana. Sampai 7hb barang masih sangkut. Saya whatsapp seller, katanya barang boleh sampai hari ni. Dan untuk kepastian, saya call hotline Poslaju 1300300300, selepas 4 kali call dan menunggu, akhirnya dapat cakap dengan staf.
Dia cuba nak bantu saya supaya barang di hantar hari ini juga. Dan beberapa perkara saya perlu inform dia. Nama, alamat, no telefon, barang yang di pos. Saya request untuk barang tiba sebelum 5 petang tetapi dia tak boleh tolong. Sampai ke husband balik kerja, barang dia masih belum terima. Maka tak jadi la plan saya nam suprise kan dia T__T
Masa on the way balik rumah kami, saya beritahu tentang plan saya tapi hadiah apa masih di rahsia kan. Malam check online barang baru masuk Pos ofis BM. Husband cakap esok petang baru delivery. Dia biasa pergi collect barang poslaju tempat kerja dia. Erm... Tak dapat la hadiah birthday di hari birthday. Erm... Esoknya sampai 7 malam, saya check online status barang. 11 pagi barang untuk delivery tapi belum update either dah receive ke tak. Husband pun cuti. Memang tak tahu status barang. Tengah malam check semula tracking di website baru update yang barang dah di terima di tempat kerja husband. Inform husband dan esoknya dia minta kawan dia simpan kan.
Hari birthday, selepas habis bercuti terus ke rumah kawan husband untuk ambil barang tersebut. Dia tak buka pun. Macam tak excited je. Hampeh tul. Dekat kedai makan, saya paksa buka baru buka. Tu pun sebab nak ambil gambar dia pegang barang tu 😆
Tentang hadiah dia ucap terima kasih dan tanya beli kat 11street ke? Mentang² selalu borong kat sana. Kami masih belajar cara guna SJ4. Baru 2 hari saya stress juga la nak boleh guna. Erm.. Nanti rajin saya review la ye 😀
No comments:
Post a Comment
Thanks :)