Auni dah lebih 6 bulan dan tempoh check up berganjak menjadi setiap 2 bulan. Untuk check up 8 bulan pada penghujung November dan minggu yang sepatutnya pergi tu ada hal. Husband call untuk postponed ke tarikh lain. Lastly tunggu dah cukup 9 bulan baru jumpa sebab untuk 9 bulan ada kena cucuk vaksin. Awal-awal lagi saya dan husband request half day untuk date check up tu. Sekarang pergi klinik kena husband ada. Tak boleh dah nak drive sendiri dengan anak². Auni sangat aktif. Memang tak duduk diam. Dulu letak car seat, bagi makan, senyap je. Sekarang tak dah. Anas memang behave kalau saya drive.
Hari appointent, petang lepas half day kerja. Balik rumah mak, siap mandi dan solat. Husband pun sampai. Siap anak² dan terus gerak. 2.30 petang sampai klinik. Macam biasa, register, ambil nombor, timbang berat, ukur panjang, lilitan kepala dan tunggu untuk P&P. 20 minit baru di panggil untuk P&P walau tak de orang kat bilik tu. Puncanya staf sibuk main phone. Main bawah meja sambil sengih. Dia sorang je camtu. Yang lain² nampak buat kerja. Husband dah nak bangun sound tapi saya cakap tunggu dulu. Cukup 30 minit baru kita ambil tindakan.
Datang seorang staf junior pergi sindir staf tu baru dia bergerak. Itu pun muka masam. BlaBlabla. Macam² la dia mengomel. Berat Auni tak cantik, katanya susu saya tak berkhasiat. Dan mintak saya list semua yang saya makan dan semua yang Auni makan. Seriously, saya dah hilang respect pada dia. Walau dia gred lebih tinggi dari saya tapi dengan attitude dia masa awal tadi, bagi saya dia tak profesional. Saya juga bekerja dengan orang awam, public tapi saya tahu bezakan bila yang boleh pegang fon, bila yang tak boleh. Selesai semua saya minta time slip untuk saya dan suami dia susah nak bagi dan sangat cerewet dengan waktu datang. Biasanya tiada masalah dengan waktu time slip di sini. Ini kali pertama dia melihat kes anak saya dan saya harap ini yang terakhir.
Kemudian beralih ke bahagian vaksin. Tak perlu tunggu lama. Sekejap sahaja dan dipanggil dan 4 petang selesai semua. Hasil dari temujanji kali ni
Auni Suraya
Berat : 5.8 kg (garis kuning)
Panjang : 63 cm (garis kuning)
BMI : 14.6 (normal)
Lilitan kepala : 41 cm
Anas Syauqi
Berat : 11.5 kg (garis kuning)
Tinggi : 95 cm (normal)
BMI : 12.7 (garis kuning)
Next appointment lagi 2 bulan sebab dua² berat tak cantik.
No comments:
Post a Comment
Thanks :)