Friday, December 30, 2016
Sepetang di Segantang Garam, Merbok
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Disember yang penuh aktiviti setiap hujung minggu. Pertengahan bulan, keluarga saya ajak bermalam di chalet terapung di Segantang Garam, Merbok. Atas beberapa srbab kami tak boleh nak join bermalam. Tapi setuju untuk ke sana dari tengah hari hingga petang. Hari kejadian, kami bertolak lewat sikit. 3 kereta yang akan bermalam sampai dahulu dan check in jam 2 petang. Pertama kali kami kesana dan hanya berpandukan arah GPS di telefon bimbit.
Ruang parking kereta disediakan. Dari parking nak ke chalet terapung dekat je. Jalan kaki ikut laluan atas air. Lalian berlantaikan papan dan kena hati² dengan anak kecil sebab ada papan yang berlubang. Troli disediakan untuk menolak barang ke chalet. Ayah dan adik saya dah sedia memancing. Suami pun sama lepas pindah kan barang, dia pun join sama tangkap ketam.
Saya, anak², adik dan anak sedara buat halaqah makan jajan. Chalet tu ada 2 bilik. Dapur di sediakan bersama tong gas dan pinggan mangkuk 4 biji. Fridge tak dak. Bilik ada Aircond dan tv dengan channel tempatan sahaja. Bilik tidur tu beberapa kali terkunci sendiri. Kedai makan tak ada di sekitar chalet. Duduk saja tak tahu nak buat apa memang lapar la jadinya.
Agak bosan dan tak best sebenarnya berada di situ. Pengalaman pertama kami di sini dan tak rasa nak datang lagi. Hasil tangkapan pun agak kurang. Ikan yang di tangkap tak de tempat nak simpan sebab tak de fridge. Mati la ikan yang tangkap tu. Nak masak pun tak de kelengkapan.
6 petang kami gerak balik. Perjalanan pulang jumpa kedai sup urat. Favourite kami suami isteri. Stop makan di situ dulu baru balik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Thanks :)