Tuesday, December 6, 2016
Todays Baby Expo 2016
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ini lah acara yang ditunggu-tunggu saban tahun sejak jadi mak² ni. Ada je expo lain yang buat tapi tak se'best' yang ni. Ini Pusing satu Malaysia. Booth yang join sangat banyak dan banyak benda FREE. Saya yang sukakan benda Free. Hehehe
Jumaat lepas tengok schedule, saya dan hubby ambil half day. Plan asal, hubby drop saya di sana dan dia pergi solat Jumaat tetapi sebab beberapa perkara, lepas solat baru sampai sana. Best pergi hari Jumaat, orang tak ramai sangat dan parking pun senang. Tapi beratur nak ambil goodie panjang berliku. 30 minit jugak la beratur. Komputer kat registration tu ada 4 biji je. Antara 30 minit tu sempat gak la saya ke booth support breastfeeding. Sebagai penyokong bf, dapat payung sebagai perhargaan.
Mulanya ingat payung dan goodie bag sama booth. Masa beratur nampak lepas registration dapat goodie bag je. Hubby sambung beratur, saya ke staf kat kaunter dan tanya. Rupanya di booth lain. Saya pun jalan² la melilau cari booth payung tu. Sampai di booth, staf yang jaga tu tengah makan. Lagi 15 minit baru buka semula booth. Masa cukup 15 minit tu ada lagi 8 orang depan saya. Hubby suruh tunggu je. Dia kata kalau ada rezeki dapat la.
Lepas dapat goodie bag, terus ke kaunter photo booth. Sebagai tanda sokongan kepada breastfeeding, kena snap photo sambil pegang sign. Lepas tu bagi IC untuk registration dan dapat payung lepas tu. Di booth ni tak perlu beratur. Tak de orang singgah pun. Yang jaga pun adik² lelaki. Tak de pun promo panggil mommy lalu lalang di situ. Saya pun tau dari facebook Today's Baby Expo.
Lepas tu baru jalan² tengok booth. Sama je macam expo lain barangnya. Dari brand terkenal dan kurang dikenali. Dari diapes, susu formula, pakaian, set berpantang, barang keperluan ibu dan bayi, aksesori baby, makanan untuk baby, lotion, mandian, tisu basah,mainan, pelan insurans, stem cell dan banyak lagi. Pelbagai harga ada. Ada yang murah dan mahal. Kalau nak mudah, pejam mata bayar saja. Sebab semuanya di bawah satu bumbung. Tak perlu ke mana² lagi nak beli.
Bila jalan berdua dengan suami dan tak nampak gaya pregnant, salesgirl tak tarik pun atau tanya apa². Beza sangat kalau pergi bawa anak. Yang tarik salesgirl susu formula. Tu pun sebab saya stop ambil pamplet mereka. Di minta isi borang dan dapat sampel seperti di atas. Lepas jalan², survey harga dan rasanya berbaloi beli pakaian je. Ambil yang sehelai rm5-6 je. Pastu gaun Auni rm15.
Dekat Anas ada beli short yang harga lebih kurang cam Auni. Pakaian harian je. Yang cantik sikit nak pakai jalan kurang pilihan dan harga pun tak murah sangat. Lagi pun pakaian Anas banyak dah banding ngan Auni. Dah selalu pergi Baby Expo dah leh agak macam mana. Nak cari teats untuk Auni, pergi booth TT, salesgirl tak tahu sangat apa yang saya tanya. Saya tanya beza teats tu. Nampak sama je untuk umur 6 bulan tapi harga lain². Tapi dia pun kurang pasti jawapan. Terus tak jadi beli. Dah dapat benda yang di cari dan habis pusing, gerak ke tempat lain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Thanks :)