Wednesday, January 11, 2017
Jalan² cari makan - Nasi Kak Wok
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
8 tahun lepas, saya belajar di Kelantan dan Nasi Kak Wok antara yang pernah saya cuba. Kelantan kaya dengan makanan dan Nasi Kak Wok menepati selera saya. Gerai Kak Wok di perkarangan stadium Kelantan dan berhadapan kolej saya di Kota Bharu. Memang sentiasa penuh dari mula beroperasi hingga habis lauk terutamanya bulan Ramadhan.
Beberapa minggu lepas, ternampak di FB ada yang share, Nasi Kak Wok dah ada di Penang. Minggu lepas, ajak husband pergi makan. Kecik je kedai nya. Kongsi dengan kedai lain. Siang menU Nasi Kak Wok. Malam Char Kuew Teow. Meja pun tak banyak. Masa pergi ni ada 2 keluarha tengah makan. Terus order 2 set untuk saya dan husband.
Sedap. Masih sedap macam dulu. Paling saya suka ayam goreng potong kecil² camtu. Satu menu tu sahaja yang ada. Satu set RM5. Masa ni saya makan dulu. Husband peGang Auni. Makan cepat2 sebab, husband lak nak makan. Ingat nak ratah ayam nanti sebab saya suka bahagian tulang. Masa husband makan, Anas tetiba cakap nak muntah. Terus settlekan dia dan balik. Nanti nak kena repeat lain. Tak puas lagi makan.
Nasi Kak Wok cawangan Perda di Bandar Perda. Bertentangan bangunan LaiLai.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Thanks :)