Tuesday, January 10, 2017

Resepi cucur udang yang simple



Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pagi ni nak share resepi cucur udang. Cucur udang je pun? Erm, terus terang cakap, selama 30 tahun hidup dan 5 tahun kahwin, 2016 pertama kali saya buat cucur udang yang menjadi. Sebelum² ni ada la buat tapi guna tepung segera Adabi. Yang 2016 ni saya buat guna resepi sendiri. Banyak kali gak try and error. Asal mulanya memang google gak nak tau bahan asas. Saya jadi rajin buat cucur ni bila Anas request. Dah jadi mak ni, tak gamak lak nak kata tak tahu buat. Gigih la cari resepi dan teruja sangat bila Anas puji sedap bila makan walaupun buruk sangat rupa cucur masa tu. Terus jadi semangat nak buat. Sekarang ni boleh di katakan tiap minggu buat. Kena pastikan stok udang, tepung sentiasa ada. Saya suka campur jagung sekali dengan udang. Sedap sangat rasanya. Jom tengok cara saya, resepi saya.

Bahan²
Tepung gandum 2 cawan
Udang (ikut suka nak banyak mana)
Air masak 2 cawan
Garam 1 sudu teh
Kunyit ½ sudu teh
Minyak untuk goreng

Cara penyediaan
Masukkan tepung, udang, garam, kunyit dan air.
Kacau bagi sebati.
Adjust sukatan aie dan tepung.
Bagi pekat sikit. Baru mudah nak bentuk dalam kuali.
Masuk dalam fridge dalam 10 minit.
Panaskan minyak.
Goreng.

Cucur tu nak masuk dalam kuali guna sudu ke jari ke senduk ke ikut suka. Semua cara saya dah guna. Mula² memang buruk kejadiannya. Bila dah banyak kali buat baru cun. Adunan tu jangan cair sangat. Kalau cair memang huduh rupa cucur. Kunyit fungsi untuk bagi pewarna pada cucur. Tak la pucat. Selamat mencuba.


0 pendapat:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...