Wednesday, January 25, 2017

Kisah seterika

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kisahnya, minggu lepas pagi-pagi nak pergi kerja iron uniform. Tetiba dengar Auni menangis. Cepat2 tolak seterika ke tepi iron board dan lari dapatkan Auni. Sebabnya Auni tidur atas katil, kalau bangun tengok tak de orang memang menangis dan akan turun katil terus. Dah pernah jadi dia jatuh katil sebab kami lambat sambut dia. Angkat Auni dan masuk semula bilik nak iron baju. Sekali tengok bahagian bawah baju saya dah berlubang. Buang baju tu dan pakai baju lain. Lepas tu tak guna dah iron. Selalu saya iron semua uniform masa weekend kecuali uniform saya. Weekday iron kat rumah mak lepas balik keje.

Hujung minggu nak iron uniform baru perasan yang seterika dah hitam bekas terbakar. Dah jadi tebal kat depan tu. Try gak iron. Baju jadi hitam pastu tak smooth. Spray air pastu kikis tak boleh jugak. Pastu teringat husband ada share pasal cara nak tanggalkan kesan hitam pada seterika di Facebook. Scroll la cari balik pos tu. Jumpa. Tengok bahan semua ada kat rumah. Parking kat dapur dan mulakan misi.

Buat atas kitchen worktop je. Letak kain, surat khabar dan letak garam. Dalam masa yang sama panaskan iron. Lepas tu iron garam atas surat khabar tu. Beberapa minit gak la buat. Tengok sama je. Pastu tutup suis dan biarkan sejuk. Dah sejuk, ambil kain basah dan lap. Keluar la sikit-sikit. On semula iron nak panaskan dan nak ulang buat lagi. Sekali tengok tak menyala pun lampu kat iron tu. Kot plug la rosak. Tukar plug lain lak. Plug tadi tu tukar dengan rice cooker. Elok je menyala. Tukar ke plug lain pun sama. Sudahnya iron tu rosak. Terus masuk tong sampah.

Lepas solat Zohor ajak hubby beli iron. harus beli segera. Nak iron uniform guna apa? LAgipun memang nak keluar cari langsir. Pergi hardware nak cari rod langsir. Pusing-pusing nampak iron. Tunjuk kat hubby. Tanya dia, nak beli kat sini ke nak pergi kedai barang letrik? Dia cakap beli je sini. Warranty ada setahun. Boleh claim kat sini. Ada 8 jenis iron. Aim utama nak iron yang berat. Dah kahwin baru tahu yang iron berat lagi cepat tempoh nak seterika. Masa belum kahwin, cari yang ringan. Konon ringan, tak sakit tangan. Sudahnye berejam nak tunggu baju hilang kedut. Jenuh spray air berkali-kali. dah jadi buang masa.

Selain dari berat, harga juga memainkan peranan utama. Tengok semua 8 jenis iron range harga dari RM54-98. Yang paling murah tu ringan je. Pilih yang kedua murah RM60. Berat. Tunjuk kat hubby, dia kata ok. Inform pekerja kat situ dan pergi kaunter bayar. Ini iron yang saya beli.


Seterika Automatik
Panasonic
NI-415E
Warna hitam
Berat : 1.6kg
Harga RM60

 Lepas tu pergi beli barang rumah di Jayamas. Dalam Jayamas ada kedai yang jual barang letrik. saya tengok iron sama model macam saya beli dijual dengan harga RM98 T_T 
Mahal  sungguh.Harga di website Panasoni pun baru RM58. Dah guna iron uniform. Best. Cepat je hilang kedut. 

**Iron lama, yang rosak dapat hadiah kahwin. Kahwin pun dah 6 tahun, lama dah berjasa iron tu. Berkali-kali dah jatuh.

0 pendapat:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...