Tuesday, January 24, 2017

Resepi siakap rebus limaU

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pelik kan tengok tajuk entri? Asalnya nak buat siakap stim limau. Lepas keluarkan pengukus, rasa malas lak nak buat versi stim. Bekas nak letak ikan tak de yang sesuai. Pinggan kaca je banyak kat rumah. Tak jadi la nak stim, jadi rebus la ikan tu. Sama je resepi macam stim limau.

Bahan²


Serai
Bawang
Halia
Cili padi
Cili hidup
Tomato
Limau (ambil air, buang biji)
Ikan siakap
Garam
½ kiub ayam
Sos tiram


Cara² memasak

Potong semua bahan diatas. Ikan kelar di badan kiri kanan.
Tumis bawang dan halia.
Lepas naik bau masukkan cili dan serai.
Masukkan air 2 cawan. Kalau nak kuah banyak, letak la banyak air.
Masukkan ikan. Tunggu hingga mendidih.
Masukkan 1 sudu sos tiram dan kiub ayam. Perasakan dengan garam.
Antara tunggu nak masak tu, jangan alihkan ikan. Nanti hancur. Cuma ambil kuah dan bahan² jirus atas ikan.
Last sekali masukkan tomato dan perahan air limau. Rasa la apa yang kurang adjust sendiri. Macam saya suka masam dan pedas.

Selamat mencuba

0 pendapat:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...