Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya suka mengumpul Fridge Magnet (FM), hobi sampingan selain membaca novel. Masa di rumah lama saya beli whiteboard dan gantung di dinding dapur. Lekat koleksi FM di situ tetapi tak semua FM boleh lekat elok. Ada yang jatuh. Tak tahu sebab kualiti magnet pada FM atau board tu tak sesuai untuk menggantung. Bila dah pindah rumah, berangan la nak buat sudut yang pamer koleksi FM yang tak seberapa tu. Survey la di group, blog tentang board. Tapi tak survey secara serius la. Ada je gangguan dan kekangan.
Antara saiz yg ada. Sy draw Nak tengok kalau gantung Jadi camna. Pen merah ukuran saiz Lokasi yang nak gantung board |
Nak dekat setahun pindah baru decide nak order. Minta quotation board dah lama, nasib la harga belum berubah. Masa tu nekad. Sebelum habis tahun 2016 nak pastikan kes FM setel. Sebabnya semua FM saya dalam kotak. Semak lak tengok kotak banyak-banyak dalam rumah. Penghujung November saya ambil ukuran sudut yang nak letak board, bincang dengan husband dan terus order minggu tu juga. Bank in duit board + postage dan board akan siap selepas 3 minggu bayaran.
Lepas 3 minggu saya Message tanya berkenaan board samada dah siap ke belum. Katanya akan siap dalam masa terdekat. Tak pe lah, Disember lak ada banyak public holiday. Mungkin ambil masa sikit. Discuss dengan hubby, lepas tahun baru baru nak tanya semula. Masuk tahun baru, minggu pertama, hari kelima saya message tanya. Masih belum siap. Lagi beberapa hari akan siap. Ada juga saya tegur, kenapa tak inform board lambat siap sedangkan janji 3 minggu. Dia cuma minta maaf dan beritahu ada masalah. Saya boleh terima board siap lambat, dan jika dia ada masalah. Saya boleh paham. Tapi saya marah bila dia diam. Langsung tak inform apa². Hanya bersuara bila saya tanya.
Minggu kedua Januari saya message tanya tentang board dan katanya dah pos. 2 hari selepas tu, board sampai. Alhamdulillah, walaupun 2 bulan tunggu, hasilnya memuaskan hati saya. Hujung minggu tu terus push hubby gantung board.
Lepas siap gantung. Hiiii.. Suka 😊 Tunggu waktu terluang nak letak FM. Entah bila nak siap.. Hehehe.
Lepas seminggu, dah penuh board. Suka!!! Tapi space tak cukup. Ada lagi lebihan FM. Tak de tempat, lekat la kat fridge. Actually tak suka lekat kat fridge. Senang rosak, jatuh, pecah dan kena usik. Tunggu duit lebih, boleh la order lagi. Yang saya order ni RM145. Postage RM45. Mari
order dari siapa? email saya shanasarif@gmail.com
ReplyDeleteAsalamualaikum, nak tanya order kat mana board ni...boleh beri detail tak..email saya: princesslina71@gmail.com
ReplyDeleteSaya dah email
ReplyDeleteCmne nk order
ReplyDelete