Tuesday, January 3, 2017

Resepi nasi goreng sambal belacan


Assalamualaikum 🙋
Nak kongsi resepi yang orang ramai dah tau. Tapi nak buat gak entri. Nanti nak buat lagi tak payah buka blog orang. Ini menu favourite saya. Mak selalu masak. Bau memang best. Bila dah kawin buat nasi goreng tak sedap macam mak buat. Pastu tanya mak baru tau. Mak goreng nasi guna sambal belacan bukan cili kering blend.

Bahan²

Nasi sejuk 3 senduk
Sambal belacan 1 sudu besar
Telur 1 biji
Bawang besar 1 biji
Garam 2 sudu kecil
Gula 1 sudu besar
Minyak 2 sudu besar

Cara penyediaan


  1. Panaskan minyak.
  2. Tumis bawang besar yang dah dipotong. Biar sampai kuning, naik bau.
  3. Masukkan sambal belacan. Kacau² sampai garing.
  4. Masukkan gula dan garam.
  5. Pecah kan telur. Biar sekejap pastu kacau² telur bagi campur dengan bahan tumis, gula dan garam.
  6. Masukkan nasi. Nasi tu leraikan la kalau masih ketul². Saya tak leraikan pun. Tu yang huduh rupa, ketul² je nampak nasi. Gaul² nasi bagi bercampur semua bahan. Agak² dah sebati, kuar asap tu, boleh la tutup api. Kuar asap tu garing elok dah la. Makan pun ada bau² nak hangit sikit. Best

Nak makan dengan ikan bilis goreng boleh, ayam goreng pun boleh. Kalau ada sayur ke bahan mentah nak letak pun boleh. Yang saya buat memang selalu camni je.

Selamat mencuba ✌

0 pendapat:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...