Wednesday, January 4, 2017

Disember 2016 - Contest, Giveaway, Freebies, Free sample

Assalamualaikum dan slaam sejahtera.
Bulan November kurang memberangsangkan. Alhamdulillah, Disember amat best :)
Saya target sebulan dapat 10 barang jadi la, dan kali ni more than my expectation.

1. Sample Sunsilk


Jawab soalan di post Facebook Sunsilk dan 2000 yang pertama terpilih untuk menerima sampel.


Semua saya dapat 4 set. 2 set dah sedekah kat orang.

2. November #MyDaikinQuiz



Jawab soalan di post facebook Daikin dan 5 yang bertuah dipilih secara rawak untuk terima hadiah. Contest pada buLan November tapi awal Disember baru pemgumuman pemenang.


3. Sunway Carnival - count the candy giveaway


FB Sunway Carnival post giveaway, kira candy dan beri jawapan pada post tu dan saya antara 23 yang terpilih memenangi tiket ke Sunway Lagoon. Tarikh expired tiket 31/12/16, saya beri tiket tu pada kawan.


4. Oldtown White coffee

Komen di post FB Oldtown White Coffee, dan tag 2 kawan. Saya antara 50 yang bertuah. Menang tiket wayang.



5. Ulayyah Craft giveaway


Kali ke2 menang giveaway ni. Sama macam haritu peraturan nya, kena bayar duit postage RM10 dan hadiah akan pos selepas 3, 4 minggu.

6. #ebeli100contest Lucky Draw


Giveaway anjuran FB ebeli. Ada 100 pemenang yang dipilih dari lucky draw. Like fanpage, tag 5 orang rakan dan share post bersama #. Contest ni husband je join. Saya terlepas nak join. Lupa. Huh! Banyak sangat dah contest yang join sampai tak ingat. Yang bulan Disember, baru saya join. Tapi no luck T_T



7. Kalender 2017 dari Big Sweep


Nak dapatkan kalendar dan ang pow ni ada post di FB Big Sweep. Isi details di link yang diberi dan tunggu posmen 😆

8. Ferrero Rocher 12 days of Christmas - day 3


Fb FR, anjurkan giveaway sempena krismas. Dari hari pertama saya join. Nasib bertuah di hari ke3.


9. Asianic Halal contest 


Asianic Halal anjurkan contest sempena krismas dan tahun baru. Contest di FB dan Ig. Dua² saya join dan nasib menyebelahi saya di Ig. Contest di Fb ramai sanhat yang join. Di Ig kurang sambutan.



10. Nips - hit the jackpot

Contest anjuran FB Nips. Saya antara 30 yang bertuah tapi yang tak bestnya hadiah kena collect di Shah Alam seminggu selepas announcement pemenang. Weekday lak tu. Saya request untuk hadiah di pos dan request saya dilayan.


Hadiahnya 5 peket coklat. Best 😀

11. Libresse - Ngam-ngam fit


Contest di FB Libresse. Tonton video dan jawab soalan, pastu kena bagi slogan. Minggu ke dua saya tersenarai sebagai pemenang.



12. NGK #12daysgiveaway


Nama hubby bertuah hari ke 4. Komen je kat post giveaway pastu share post tu. Hadiahnya planner 2017.


13. Delica Christmas Moderate Challenge


Jawab soalan di post berkenaan video yang ditunjukkan. Ada 3 pusingan - easy, medium dan hard. Saya terpilih pada pusingan medium.


14. Bio-life sample giveaway


Jawab soalan di link yang diberi dan 50 yang bertuah terpilih menerima sampel produk Bio-life.



15. Guardian Giveaway - #mybiooilmoment


Contest di instagram guardian. Ceritakan moment kita semasa pregnant dan 5 yang terbaik menang. Kurang sambutan agaknya, 2 orang je yang dipilih.


16. San Remo like & win



Like fanpage San Remo dan ajak kawan² like page jugak. Untungnya saya menang berganda.


17. Beko spot & win round 2

Jawab soalan di post berkenaan dan 5 terpilih untuk terima hadiah nya iaitu bola Barcelona. Pam di beri sekali


18. Ellgy sampel

Request di link yang di beri di Fanpage

19. Prego truck

Pergi Prego Truck, list jadual ada papar di FB Prego Malaysia. Beli combo A atau B dan dapat hadiah. saya beli 3 combo dan dapat 2 hadiah iaitu tabung dan pinggan.

20. Sample perfume Zacopa


Hubby yang request. Kosong je, tak de perfume pun dalam tu.

21. Zacopa Christmas Giveaway


Share post bersama # dan tag 3 rakan. Saya menang untuk post day 1. Saya dan rakan² yang di tag dapat hadiah.


22. #juiceee12daysofgiveaway


Setiap hari giveaway dari Juiceee selama 12 hari berturut-turut. Giveaway berselang-seli antara FB dan Ig. Saya menang di IG.


22. Lucky draw New Year Eve Dinner


Pergi dinner malam tahun baru. Setiap orang yang join dinner dapat nombor cabutan bertuah. No husband bertuah. Menang hadiah di atas. Saya? Tak pernah bertuah dalam lucky draw.

23. Biore Men Scrub sample


Request di link yang di beri di fb.

0 pendapat:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...