Monday, February 27, 2017

Auni Suraya 11 bulan


Assalamualaikum..
Kejap je dah 11 bulan si kecik ni. Alhamdulillah, senang sangat jaga Auni. Sakit kerap tapi tak pernah tak aktif. Si manja, penawar hati, bantal peluk mama tiap malam. Masih fully breastfeeding. Solid food makan ikut mood tapi pantang orang makan mula la buka mulut. Diapera saiz S. Berat baru 6 kilo. Ringan sungguh. Tak boleh berjalan lagi. Ikut Anas la kot. 13 bulan baru jalan. Merangkak laju, naik tangga ke tingkat atas rumah laju. Gigi 6 batang dah. Dah boleh tepuk tangan, lambai, kenal orang. Orang yang tak kenal dukung akan nangis. Suka berdukung je ni. Nak masak pun kena kelek sebelah. Mama Sayang Auni 😊

0 pendapat:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...