Tuesday, February 28, 2017

Pasang wallpaper sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Mac 2017 cukup setahun pindah masuk rumah baru kami. Sejak pindah masuk kurang dah buat perubahan dan tambahan dalam rumah. Wang pun dah kurang banyak. Buat mana yang perlu dan penting je. Untuk mencantikkan rumah hold dulu. Dalam rumah pun tak de cat. Masuk rumah dull je rasa banding dengan rumah jiran² kami. Tak pe lah, yang penting ada tempat berteduh. Keperluan lebih penting dari kemahuan. Ikut kemahuan memang la macam². Tapu sekarang semuanya kena berjimat-cermat. Kalau tak, hutang keliling pinggang dan tak boleh nak melancong setiap tahun.

Berbalik pada tajuk, master bedroom saja yang kami cat. Ruang di bawah memang kosong tanpa hiasan. Bulan Januari saya ada menang contest. Hadiahnya segulung wallpaper. Dapat² terus semangat kami laki binu nak tampal. Tampal la dekat ruang menonton tv. Rasa macam cukup la sebab di situ dah ada board tv. Space yang tinggal tak banyak. Separuh je yang muat. Takkan nak tanggal dan lekat di ruang lain yang muat? Order la kat penganjur contest. 4 roll RM130 sekali pos. Ambil semua sama design. Plan nak habiskan tampal di bahagian tv dan di ruang makan.


Sehari sebelum wallpaper sampai, husband kemalangan. Tak dapat la nak habiskan pasang wallpaper. Ada juga saya try panjat tangga dan tampal. Sekali je la yang buleh. Gayat. Huhu. Lepas tu, bukan mudah nak cari match ikut sambungan yang tepat. Dengan anak² lagi. Si Auni bergayut di tangga, Anas nak tolong gunting. Memang tak mampu saya nak teruskan. Hujung minggu tu, saya minta bantuan adik untuk pasang. Dia panjat tangga dan lekat. Husband ukur dan potong. Dari tengah hari sampai petang jugak la baru habis pasang. Ada lagi baki 1 roll.

Ini cara saya untuk jimatkan wang. Dah pernah tanya kedai dan beberapa orang yang pasang wallpaper, harga yang perlu di bayar buat saya fikir banyak kali. Cara saya ni bukan la mudah sangat macam balut hadiah. Juga perlukan kesabaran dan waktu. Apa pun berbalik pada diri kita. Kalau mampu, serahkan pada yang pakar. Kalau nak jimat, bwli dan buat sendiri. Nak lagi jimat? Pergi GM Klang beli wallpaper kat sana. 😀

Saya recommend untuk beli wallpaper macam saya guna ni. Tak perlu sapu gam. Dah ada pelekat siap. Kita ukur panjang mana nak dan potong. Garisan untuk potong pun ada dah untuk elakkan kita potong senget. Lepas tu masa tampal tarik lapisan belakang dan lekat di dinding. Pastu ratakan supaya tak de gelembung. Kalau senget boleh je tarik semula dan lekat balik. Nak lekat tu mulakan dari bahagian kanan ye. Jangan jadi cam kami, mula² leka bahagian kiri, pastu pergi kanan. Asa nak match dengan yang kiri dah tak boleh. Mungkin kami punya design complicated skit. Kalau yang design simple mungkin tak de masalah.

Nak tahu saya beli kat mana? Search di FB Wallpaper Tak Perlu Sapu Gam. Seller nya Puan Azie.


0 pendapat:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...